Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menying­singkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ pen-duanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka; menyelak-nyelak menyelak (buku, maja­lah, dll) dgn cepat tanpa membaca atau melihatnya dgn teliti: dia masih asyik ~ majalah, mem-baca tajuk, dan melihat gambar; menyelakkan menyelak utk; terselak tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = penyelak sj kayu palang (utk mengunci pintu), kancing pintu: perlahan-lahan dia berdiri, bergerak ke pintu, dan mengenakan ~ pintu itu; berselak terpasang selaknya, berkunci, ber­kancing: pintu itu ~ di atas dan di bawah; menyelak mengunci dgn selak, mengancing: daun pintu diselak perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk; menyelak mendesak (supaya lekas dll), menggesa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; terselak, keselak tersedak, ke-sedakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sélak/; menyelak 1 menarik tudung sesuatu supaya terbuka; me­­nyingkap: Dia ~ kainnya utk me­nunjukkan bisul di betisnya. 2 membuka halaman buku; menyebak buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , = penyelak kayu palang utk mengunci pintu: ~ pintu palang pintu. menyelak mengunci pintu dgn selak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selak
Kata Terbitan : penyelak, berselak, menyelak, menyelak, terselak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Latched" sesuai diterjemahkan kepada "Selak" atau "Terselak"? Frasa ini digunakan dalam bidang kejuruteraan. Contoh ayat: Make certain the steering column is latched and won't move. Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan yang lebih baik, sila nyatakan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan “latched” dalam contoh ayat diberikan ialah “diselak”.Istilah26.10.2018
Salam Tuan, Bolehkan saya menggunakan perkataan Carta Flip untuk carta yang boleh dibalikkan seperti kalendar. Adakah perkataan Carta Selakan sesuai digunakan? Adakan pihak tuan mempunyai cadangan perkataan lain untuk item ini. Semoga mendapat jawapan segera daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.Padanan yang digunakan untuk "flip chart" ialah carta selak. Terima kasih.Istilah01.02.2011
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009
Apakah padanan Melayu bagi cloth bolt? Saya temukan perkataan ding di entri Kamus Inggeris-Melayu Dewan, di entri kedua bagi bolt dalam erti ketujuh: roll of woven fabric, wallpaper, etc, ding: a ~ of silk, sending kain sutera;. Tetapi di contoh ayat pada erti (sense) ketujuh entri tersebut menggunakan perkataan sending. • Saya turut membuat carian ding di PRPM namun, apabila saya menyertakan perkataan kain dalam carian, hasilnya tidak menunjukkan maksud bagi cloth bolt atau bolt of cloth tersebut.
Saya merujuk kepada data PRPM bagi kata bolt dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan dapatan carian saya adalah seperti yang berikut, iaitu:


bolt2
n
 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak2. metal bar or rod in lock, kancing3. fastening rod or screw to take a nut, bolt4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a bolt of silk, segulung kain sutera;


Kemungkinan ada masalah teknikal sewaktu tuan/puan membuat carian tersebut.

Adakah yang sebenarnya tuan/puan maksudkan ialah 'a bolt of cloth'? Jika ya, maka padanannya ialah 'segulung kain'. Berdasarkan kamus Collins English Dictionary dalam talian, a bolt of cloth is a long wide piece of it that is wound into a roll round a piece of cardboard. 

Makna17.12.2023

Kembali ke atas