Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ku] | سلاکو

Definisi : 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ku] | سلاکو

Definisi : 1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2 sebagai: ~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, KhalidUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel.Istilah07.07.2011
Saya selaku pelajar sarjana dan mencadangkan pihak DBP menghasilkan kata yang boleh membawa maksud "contract cheating"Cadangan terjemahan bagi "contract cheating" ialah penipuan kontrakMakna16.02.2022
Saya, selaku ketua panitia bm..bercadang mengadakan pertandingan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, memohon untuk mendapatkan majalah Dewan Pelajar keluaran yg lepas untuk dijadikan hadiah.Boleh atau tidak? bagaimana proses mendapatkannya?Tuan boleh membuat permohonan rasmi dengan menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain10.09.2015
Assalamualaikum. Saya selaku pengguna bukan staf DBP telah mendaftar dalam e-Perkhidmatan DBP "Gerbang Kata". Seperti yang telah sedia maklum, untuk log masuk akaun, perlunya kepada "Nama Pengenalan", yang mana ia suatu yang tidak didapati oleh saya melainkan saya perlu menghubungi pihak Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk bantuan. Mohon pihak tuan dapat menyediakan kebenaran pada pihak saya untuk saya menjadi sebagai pengguna rasmi bagi e-Perkhidmatan DBP "Gerbang Kata". Rujukan Kad Pengenalan saya : 890328-11-5459. Rujukan E-mel saya : muhibb1409@gmail.com Sekian, terima kasih. Dan Allah itu lebih mengetahui.Aduan dan permohonan tuan telah kami kemukakan kepada pengendali domain "Gerbang Kata", Bahagian Sistem Maklumat DBP. Semoga perkara ini diambil tindakan segera dan tuan mendapat kemudahan untuk akses ke domain yang tersebut.Lain-lain23.05.2015
Assalamualaikum. Tuan, Selaku seorang penulis teks ucapan saya sering mengalami masalah meletakkan nama panggilan pegawai-pegawai mengikut jawatan masing-masing. Contoh 1: Selaku tuan rumah majlis persaraan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, dalam ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, apakah penggilan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan daerah-daerah lain dan yang diraikan? Dari segi susunan pula bagaimana? Adakah yang diraikan (ketua peringkat daerah) disebut dahulu berbanding pegawai-pegawai yang berada di jabatan peringkat negeri? Terima kasih1. Sapaan kehormat "Yang Berbahagia" digunakan sekiranya individu tersebut memiliki gelaran seperti Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Penggunaan "Yang Amat Berusaha" digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan (Jusa C ke atas) dan "Yang Berusaha" kepada pegawai tinggi kerajaan.
2. Susunan ucapan mengikut kekanan pegawai berkenaan. 
Lain-lain01.09.2016
adakah ayat ini betul, Pihak kami ingin menjemput tuan menjadi Pegawai Pelepas pada hari kejohanan berlangsung. Apakah alternatif perkataan lain menggantikan perkataan menjadi? adakah selaku diterima?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "selaku" ialah (bertindak dan lain-lain) seperti, dalam kedudukan, sebagai. Dalam Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, "menjadi" mempunyai maksud yang sama dengan menjawat jawatan; memegang jawatan, menyandang jawatan, bekerja sebagai, bertindak sebagai. Oleh itu, perkataan "selaku" dan "sebagai" boleh diterima untuk menggantikan perkataan "menjadi".Makna16.04.2012
Salam 1Malaysia dan selamat sejahtera, selaku munsyi saya sering menemukan KKTttr 'berleluasa', misalnya kes ragut berleluasa, gejala hedonisme berleluasa dan sebagainya. Pada pengamatan saya, kata kerja ini disalahgunakan dari aspek morfologi dan semantik atau menyalahi hukum morfologi dan semantik bahasa Melayu. Yang betul ialah jenayah ragut berlaku dengan leluasanya dan gejala hedonisme berlaku dengan leluasanya. Hal ini saya katakan demikian kerana kata sendi nama 'dengan' seharusnya diikuti kata nama, yakni leluasa + nya, menjadi kata nama. Soalnya, adakah rumus tersebut betul? Sekian, terima kasih. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Kami menerima dan bersetuju dengan pandangan tuan, ayat yang betul "jenayah ragut berlaku dengan leluasanya" dan "gejala hedonisme berlaku dengan leluasanya". Kedua-dua ayat ini dibina mengikut rumus yang betul.Tatabahasa20.12.2016
sebagai badan yang dipertanggungjawabkan dan bahasa melayu selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, dewan bahasa dan pustaka membuat beberapa ketetapan linguistik tentang arah perkembangan bahasa melayu. apakah usaha-usaha dan kegiatan bahasa yang dapat dilakukan oleh dewan bahasa dan pustaka ke arah memantapkan perkembangan bahasa melayu?

Bersama-sama ini dilampirkan bahan rujukan tentang DBP yang dipetik daripada Katalog Awam dalam Talian Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Jikalau sdr ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam atau membuat penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka | Syed Nasir Ismail | Dewan Masyarakat

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dalam perkembangan Bahasa Melayu di Sabah | Zaini Oje dan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain | Dewan Masyarakat

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka: ka-arah mengembangkan bahasa Melayusa-chara lebeh progresif Citra Dewan Bahasa dan Pustaka | Abdul Rahman Yaakub | DBP 2003

Lain-lain24.03.2008
selamat tengah hari, mungkin soalan yang saya kemukakan pd hari Khamis menimbulkan kekeliruan. saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan tamparan dan mengenai dalm ayat tersebut. adakah penggunaan tersebut betul? minta maaf jika soalan saya tidak jelas. terima kasih .Selaku moderator khidmat nasihat bahasa, saya tidak menemui rekod soalan yang telah saudara kemukakan pada hari Khamis (12 Mei 2011?). Mohon dikemukakan kembali soalan tersebut.Tatabahasa13.05.2011
Bagaimanakah cara untuk memohon bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Negeri Sarawak.

Sdr,

Sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan apabila terbaca iklan jawatan kosong yang mencatatkan penempatan jawatan itu di DBP Cawangan Sarawak. Namun, selaku penjawat DBP, sdr boleh ditukarkan ke mana-mana cawangan/wilayah atau ke ibu pejabat sekiranya diperlukan.

Lain-lain31.08.2009
1234

Kembali ke atas