Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terus, langsung: maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu III


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa ini selalu ditemui dalam teks: i. dengan kata lain ii. dengan kata-kata lain iii. dengan perkataan lain Adakah penggunaan frasa-frasa ini betul?Frasa yang betul ialah dengan kata lain.Lain-lain06.12.2010
i. Makluman yang diberi oleh saksi kepada panel-panel hakim adalah bercanggah. ii. Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan abang. iii. Pak Sudin mengangguk apabila dinyatakan prosedur penggunaan pencukur elektrik itu. iv.Sejenis spesis baru cendawan yang terbesar di dunia telah ditemui di Mexico baru-baru ini Apakah kesalahan istilah atau kesalahan imbuhan di atas ?i. Rujuk perkataan diberi. Perkataan yang betul ialah diberikan.
ii. Rujuk perkataan mengata-ngata. Perkataan yang betul ialah menyebut-nyebut.
iii. Rujuk perkataan dinyatakan. Perkataan yang betul ialah diterangkan.
iv. Rujuk perkataan baru. Perkataan yang betul ialah baharu.

Tatabahasa16.01.2021
1) saya keliru dengan penggunaan katerangan dengan adverba, bagaimana kedudukan kedua-duanya dalam ayat. 2) perkataan "ia", "banyak", bagi orang dan binatang? 3) adakah perkataan "tak" ialah bahasa baku atau tidak, dulu cikgu saya larang guna "tak" dalam karangan, tapi mengapa istiliah kata kerja "tak" transitif digunakan?

1. Kata adverba ialah keterangan, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Lihat contoh penggunaannya; i. Beliau selalu memperkatakan hal itu. (menerangkan kata kerja),  ii. Badannya sentiasa sihat. (menerangkan kata adjektif),  iii. Orang tua itu selalu ke tepi tasik menyendiri. (menerangkan frasa sendi nama)

2. "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga (orang) dan kata ganti nama benda yang dibicarakan (bukan manusia). "Banyak" boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia.

3. "Tak" singkatan bagi perkataan tidak dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Oleh itu penggunaan "tak" dalam konteks rasmi dianggap tidak baku. Walau bagaimanapun pakar bahasa telah mengiktiraf istilah "kata kerja tak transitif" berkemungkinanan melihat kepada persamaan makna antara tak dengan tidak, dan nilai ekonomi dalam istilah tersebut.

Tatabahasa08.04.2009
Salam tuan,selamat hari raya di sana! Saya ada dua soalan yang memerlukan penerangan tuan. 1) Mengapakah "teringat dengan" tidak boleh diterima? Ayat: Saya teringat dengan dia. 2) Adakah kata nama boleh ditambah -nya untuk menunjukkan kesan penekanan? Ayat: Suaminya di mana? ( "suaminya" di sini tidak merujuk kepada suami dia. Pemcakap cuma ingin berkata jodohnya belum ditemui lagi,jadi adakah "suaminya" betul?) Saya telah semak nota berkaitan kata pembenda,kata penekan. Namun saya tidak nampak sumber yang boleh membuktikan ayat itu benar. ----- Ayat yang biasa dengar,pelayan selalu akan sebut "semuanya dua puluh ringgit.". Adakah "semuanya" di sini betul juga? Adakah "semua" ialah kata adjektif membuatkannya betul? ---- Terima kasih tuan!

1. Frasa “teringat dengan” atau ayat “Saya teringat dengan dia” tidak betul kerana kata sendi nama “dengan” yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama, hanya digunakan untuk membawa maksud seperti yang di bawah sahaja, iaitu:

i. Membawa maksud bersama-sama atau berserta
ii. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan
iii. Membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat
iv. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama

Ayat yang betul ialah “Saya teringat akan dia”.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1546, perkataan “-nya” merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, seperti rumahnya, suaminya dan yang seumpama dengannya. Selain itu, kata ganti nama diri orang ketiga “-nya” boleh berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Bentuk kata ini hadir selepas perkataan. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 104 dan 295-296.


Tatabahasa11.04.2024

Kembali ke atas