Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selam
Kata Terbitan : menyelam, menyelamkan, terselam, terselami, penyelaman, penyelam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. Pilih perkataan seerti bagi beroperasi. A. berjalan B. bertugas C. bergegas D. berlabuh Bagi soalan ini, antara A dan B, yang manakah jawapan yang paling tepat?Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. perkataan seerti yang paling hampir ialah A. berjalan  (bergerak dari satu tempat ke satu tempat).Tatabahasa01.09.2010
Selam sejahtera. Saya pengusaha Tadika Teman Ceria. Di sini, saya ingin minta tunjuk ajar berkaitan penggunaan frasa BARU dan BAHARU sebelum mengajar kanak-kanak. Mengikut definisi perkataan, BARU menunjukkan just happened, manakala BAHARU untuk NEW. Adakah frasa baru Dan baharu boleh digantikan antara satu sama lain? Tahun Baru Cina atau Tahun BAHARU Cina? Baju baru atau baju baharu? Terima kasih.Kata baru atau baharu sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan baju baru/baharu; tahun baru/baharu. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam penggunaan baru tiba; baru-baru ini.Makna10.01.2023
Selam, Saya ingan tahu maksud beza "ringan tulang" dengan "ringan tangan". Terima kasih

Simpulan Bahasa yang betul ialah ringan tulang yang bermaksud rajin bekerja.

Tatabahasa14.08.2018
Selam DBP Apalah peribasa yang sesuai bag pernyataan di bawah? Pak Sahak akan memarahi dan memukul anak-anaknya walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecilMohon rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat kerana buku tersebut lebih lengkap.Makna30.10.2015
selam pagi. saya ingin bertanya pasal penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dengan lebih lanjut. berdasarkan apa yang aku belajar 7-8 tahu dulu, ialah -kata hununh antara subjek dengan frasa nama.Letah di hadapan frasa nama manakala adalah-kata yang menghubungkan antara subjek dengan frasa adjektif dan frasa sendi nama. adik aku yang kecil baru tingkatan 1 bertanyakan aku pasal pengguna sebenarnya kerana dia keliru tapi aku tidak dapat memberikan jawapan yang memuasakan. contoh ayah: 1)Rumah itu ialah/adalah rumah pusaka peninggalan ibu Osman. 2)Gunung kinabalu ialah/adalah gunung yang tertinggi di Malaysia. (contoh satu dan dua nampak sama tapi memberikan jawapan berlainain) bolehkan anda memberikan lebih lagi contoh untuk dua kata berkenaan. Terima kasihKata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir dihadapan frasa nama, manakala 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 'Adalah' juga boleh dijadikan kata penegas dalam ayat. Dalam kedua-dua contoh ayat yang diberikan, ayat yang betul menggunakan kata pemeri 'ialah'. Untuk penjelasan lankut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.Tatabahasa19.07.2010
teak wador/ scua drivingtae kwan do/ selam skubaLain-lain05.04.2007
apakah terjemahan untuk 'wreck diving'Untuk makluman istilah "wreck diving" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah selam bangkai kapal.Istilah02.03.2017
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan DigeruniDBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.myMakna16.01.2017
lanjutan soalan ibu bapa ialah kata majmuk dan bukannya frasa nama, kalau mcm tu pinggang mangkuk, ayam itik ialah frasa nama atau kata majmuk? kata perkataan melayu untuk scuba driving? apa pula istilah untuk kaca mata scuba driving? terjemahan bar code dalam bm ialah apa? tqKata majmuk dibina daripada gabungan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Dalam contoh yang diberikan itu, kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Terjemahan : scuba diving ialah selam skuba; kaca mata selam skuba; dan kod bar.Makna15.01.2008
Salam, apakah terjemahan yang sesuai untuk aktiviti snorkeling?Atau adakah boleh digunakan perkataan itu?Perlukah saya menggunakan style italic? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan, terdapat perkataan "bersnorkel" yang membawa maksud - berenang dengan memakai snorkel, contoh ayat: Saya dan rakan-rakan dibawa ~ utk melihat keindahan batu karang di perairan pulau itu. DBP juga pernah mencadangkan "selam snorkel" untuk perkataan bahasa Inggeris snorkeling.  Makna12.02.2014
12

Kembali ke atas