Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selama-lamanya

Puisi
 

Inang-inang padi Pak Daik,
     Padi tak sama rupa bunganya;
Sungguh kukenang budi yang baik,
     Tidak kulupa selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai ilak bercerai dengan benang.Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api nan tak kunjung padam.Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mana busuk yang tidak berbau?Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati.Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selama air hilir, selama gagak hitam.Tidak berubah-ubah, tetap selama-lamanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas