1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasih | Tidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain. Terima kasih. | Makna | 20.10.2017 |
Salam sejahtera, adakah ucapan hari perayaan dieja seperti "Selamat Hari Raya", "Selamat Hari Deepavali" dan sebagainya? Adakah "Selamat hari jadi" boleh dieja sebegitu? | "Selamat Hari Raya" dan "Selamat Hari Deepavali" ialah ungkapan khusus bagi perayaan dan lazimnya merupakan gabungan dengan kata nama khas, seperti Deepavali dan Hari Raya (Aidilfitri), manakala "Selamat hari jadi" ialah ungkapan umum sama seperti "Selamat pagi". | Tatabahasa | 08.04.2023 |
Soalan : Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (“Selamat datang / Selamat hari jadi ”) kepada saya. Soalan : Apakah tanda baca pada ayat di atas betul atau salah? | Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan "Selamat datang/Selamat hari jadi" kepada saya. Tanda baca pada ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 01.12.2020 |
Penggunaan kata pada sampul duit raya. Selamat Hari Raya atau Selamat Menyambut Hari Raya | Kedua-dua frasa "Selamat Hari Raya" dan "Selamat Menyambut Hari Raya" boleh digunakan pada sampul duit raya. | Tatabahasa | 25.03.2024 |
Tuan/Puan, Bagi maksud penulisan slogan “Kemas, Selamat, Ceria”, apakah penulisan yang betul? (i) “Kemas, Selamat, Ceria”; atau (ii) Kemas, Selamat, Ceria; atau (iii) Kemas, selamat dan ceria; atau (iv) KEMAS, SELAMAT, CERIA; atau (v) KEMAS, SELAMAT DAN CERIA? Sekian, terima kasih. | Kata hubung boleh ditiadakan dalam penulisan slogan, puan boleh menulis sebagai KEMAS, SELAMAT,CERIA atau KEMAS,SELAMAT DAN CERIA dan boleh juga dalam tulisan huruf kecil. | Tatabahasa | 14.01.2015 |
Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (“Selamat datang / Selamat hari jadi ”) kepada saya. Apakah ayat di atas betul atau salah? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kawan-kawan dan keluarga mengucapkan selamat datang kepada saya. 2. Kawan-kawan dan keluarga mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. | Tatabahasa | 28.11.2020 |
Salam..mohon pengesahan penggunaan perkataan ini "Selamat menyambut tahun baharu" @ "selamat menyambut tahun baru" | Frasa yang gramatis ialah "Selamat menyambut tahun baharu". Walau bagaimanapun frasa "Selamat menyambut tahun baru" juga diterima selagi frasa tersebut digunakan dalam wacana umum seperti iklan. | Tatabahasa | 16.12.2015 |
Salam Ramadan! Soalan saya ialah, yang mana satu betul; Selamat Hari Raya (nama seseorang) / selamat hari raya (nama) / selamat Hari Raya (nama)? Sekian, terima kasih! | Selamat Hari Raya betul | Lain-lain | 12.05.2020 |
Selamat Tahun Baru Cina atau Selamat Tahun Baharu Cina Mana yang lebih tepat? terima kasih | Kedua-dua perkataan "Selamat Tahun Baru Cina" dan "Selamat Tahun Baharu Cina" boleh digunakan. | Lain-lain | 05.02.2022 |
Saya ingin menanyakan tentang terjemahan "Goodbye". Dalam bahasa Inggeris, "goodbye" boleh digunakan kedua-duanya OLEH dan KEPADA orang yang pergi. Bagaimana pula dalam Bahasa Malaysia? Bolehkah "Selamat tinggal" digunakan oleh kedua-duanya? Atau "Selamat jalan" khusus kepada orang yang pergi, dan "Selamat tinggal" oleh orang yang pergi? Contoh: Ayah ke kerja, meninggalkan anaknya di rumah. Anak: Selamat jalan, ayah. Ayah: Selamat tinggal. Atau kedua-dua mereka boleh menggunakan "Selamat tinggal"? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'goodbye' ialah selamat jalan atau selamat tinggal. Maka kedua-dua frasa ini boleh digunakan. | Makna | 20.09.2021 |