Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih.

1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan.




Lain-lain12.04.2013
1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasihTidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain.

Terima kasih.
Makna20.10.2017
1) Selamat Tahun Baru Cina atau Selamat tahun baharu cina? 2) bandaraya atau bandar raya?Ungkapan 'baru' atau 'baharu' boleh merujuk kepada 'new'. Ungkapan 'baru' hanya merujuk 'just'. Selamat Tahun Baharu Cina atau Selamat Tahun Baru Cina. Kedua-dua boleh digunakan. Begitu juga dengan kereta baru dan kereta baharu. Ejaan yang betul ialah Bandar Raya.Tatabahasa25.01.2011
Yang mana satu betul untuk maklumkan kepada orang ramai: 1.Selamat Hari Raya Idul Adha 2.Selamat Hari Raya Aidiladha 3. Selamat Hari Raya Eidul’ AdhaEjaan yang betul ialah Selamat Hari Raya Aidiladha.Ejaan25.09.2012
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Selamat datang ke negeriku. 2. Selamat datang di negeriku. Minta tuan sertakan penjelasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Selamat datang ke negeriku". Penggunaan sendi "di" adalah tidak tepat kerana ia adalah kata sendi nama yang menunjukkan tempat dan lain-lain. Sebagai contohnya, "Ali tinggal di Kuala Lumpur." Manakala sendi "ke" pula ialah kata sendi yang menunjukkan arah atau tempat dan lain-lain yang ditujui. Maka, penggunaan sendi "ke" adalah lebih tepat kerana ayat tersebut mengalu-alukan pelawat yang datang ke negerinya.Tatabahasa15.12.2014
Soalan ini berbentuk dialog : 1. Selamat pagi, puan. Saya ingin membeli alatan untuk menjahit baju saya yang terkoyak ini. Apakah alatan yang saya perlukan ? Bolehkah dijawab seperti berikut, andainya tidak, tolong perbetulkan. Jawapan : a) Selamat pagi, puan. Alatan yang kamu perlukan ialah benang dan jarum. b) Selamat pagi, puan. Alatan yang diperlukan oleh puan ialah benang dan jarum.Untuk soalan tersebut, kedua-dua jawapan yang diberikan boleh digunakan.Lain-lain14.03.2017
minta pembetulan ayat ini 1. " SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA PENGARUHI NAFSU"Jawapan yang betul ialah 1. " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA DIPENGARUHI NAFSU"Lain-lain30.09.2010
Soalan saya berdasarkan ayat nombor 1 berikut: 1. Selamat pagi. Apakah subjek dan predikat bagi ayat nombor 1 di atas.

'Selamat pagi' bukan ayat tetapi frasa dan frasa tidak perlu dilengkapi subjek dan predikat.

Tatabahasa05.10.2011
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dalam ayat berikut adalah perlu atau tidak? 1. Damya mengucapkan (terima kasih/Terima Kasih) kepada ibunya. 2. Lily mengucapkan (selamat pagi/Selamat Pagi) kepada Cikgu Khoo. 3. Bella mengucapkan (selamat malam/Selamat Malam) kepada neneknya. 4. Pekerja itu mengucapkan (selamat tengah hari/Selamat Tengah Hari) kepada pegawai atasan mereka. Sila berikan penjelasannya sekali. Terima kasih.Huruf besar digunakan pada permulaan setiap nama khas sahaja. Ucapan selamat pada mana-mana waktu, ucapan terima kasih bukan kata nama khas. Sila rujuk buku kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP; buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga, DBP dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, DBP.Ejaan14.07.2014
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat.Tatabahasa07.01.2014
12345678910...

Kembali ke atas