Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu, sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seterusnya; berikutnya: Beliau ~ telah memberikan bantuan kpd nelayan-nelayan itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sebelum mesyuarat selanjutnya diadakan dalam masa terdekat ini.Mohon pihak tuan/puan perincikan soalan yang ingin ditanya supaya jelas dan tepat untuk kami memberi jawapan.Lain-lain16.11.2017
apakah ayat yang paling sesuai bagi contoh ayat berikut; ayat 1. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru iaitu seperti berikut; ayat 2. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti berikut; iaitu, yang manakah contoh ayat di atas yang sesuai digunakan? mohon cadangan tqAyat yang betul ialah "Seterusnya, Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti yang berikut:"Tatabahasa03.04.2015
Apa perkataan yang betul: dokumen atau dokumen-dokumen sekiranya kita merujuk kepada beberapa dokumen. Contoh ayat: Bersama-sama ini dikemukakan dokumen-dokumen berikut untuk pertimbangan tuan selanjutnya:Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang tepat ialah Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut untuk pertimbangan tuan selanjutnya.Tatabahasa21.11.2019
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui senarai penanda wacana isi baharu untuk ditulis dalam karangan. Bolehkah perkataan seperti 'tambahan pula, di samping itu, selanjutnya, lebih-lebih lagi, sebaliknya' digunakan dihadapan ayat?Adakah perkataan tersebut penanda wacana ataupun kata hubung?Penanda wacana jenis penghubung tambahan ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Penggunaan penanda wacana ini boleh digunakan di pangkal ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 526-527.Tatabahasa22.07.2013
Terima kasih di atas jawapan anda. Sioalan saya selanjutnya bagaimana pula jika hanya salah satu perkataan tersebut digunakan? Adakah dikira betul juga? Bolehkah anda berikn penjelasan. Terms kasihUntuk memudahkan pengurusan jawapn, sila lengkapkan soalan tuan dan menyertakan soalan rujukan tuan yang sebelumnya. Sila hubungi kami semula dengan rujukan soalan yang tuan maksudkan.Tatabahasa03.04.2015
salam.. saya ingin bertanyakan mengenai sifat bahasa..boleh berikan penerangan selanjutnya.. saya juga ingin meminta penerangan lebih mengenai salah satu sifat bahasa iaitu bahasa sebagai satu sistem..harap boleh berikan penerangan dengan terperinci memandangkan sumber yang ada tidak memenuhi di samping tidak mencukupi..Salah satu sifat bahasa ialah sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, dan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk pusat bahasa di IPTA dan rencana bahasa Melayu dalam http://wikipedia.Lain-lain02.09.2007
pengesahan bahasa untuk papan tanda kedai, sila lihat lampiran untuk tindakan selanjutnya. Sekian terima kasihSila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepada tuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan.Lain-lain24.03.2014
Saya telah hampir menyiapkan beberapa manuskrip untuk diterbitkan sebagai buku. Apakah proses selanjutnya yang perlu saya lakukan. Terima kasih Dr Mohd Hanip Hj HassanDewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip  berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata saudara ke Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut:
Ketua Bahagian Buku Umum,
Aras 13,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Manuskrip yang saudara hantar akan dinilai di peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan saudara sebagai penulis oleh editor berkenaan.  Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan.
Lain-lain19.11.2015
Saya mendapati perkataan "masak" bersinonim dengan "matang", jadi boleh puan jelaskan dengan selanjutnya perbezaan antara dua perkataan ini ? "Buah-buahan masak" atau "Buahan-buahan matang."? Terima kasih puan.

Salam sejahtera,

Frasa yang betul ialah 'buah-buahan yang masak' atau 'buah-buahan yang matang'


Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat saudara akan dapat melihat perbezaanya.

Untuk memudahkan saudara, saudara boleh layari laman web http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan perkataan masak atau matang di kotak cari untuk mengetahui perbezaan di antara kedua-dua perkataan tersebut.

Tatabahasa07.11.2012
Salam sejahtera, dalam konteks penulisan rubrik mempunyai tahap 1,tahap 2, tahap 3 dan selanjutnya, adakah kata "tahap 1" tersebut dikira sebagai kata nama khas yg perlu menukis huruf besar pd awal hurufnya seperti "Tahap 1"? Sekian, terima kasih.Menurut data kami perkataan tahap merupakan kata umum dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks dalam ayat. Sekiranya perkataan tersebut sebagai tajuk, pangkal perkataan mestilah ditulis dengan huruf besar.Lain-lain16.12.2019
12345678910...

Kembali ke atas