Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.sih] | سلاسيه

Definisi : = ~ putih sj tumbuhan (herba utk rempah dan ubat), ruku-ruku, Ocimum basi-licum; ~ dandi a) sj tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing, rumput tahi ayam, Ageratum conyzoides; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Stachytarpheta indica; buah ~ sj tumbuhan (herba dan buah), Passiflora foetida; bunga ~ bunga pokok selasih putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.sih] | سلاسيه

Definisi : nama sj herba yg dpt dijadikan ubat dsb, Ocinum basilicum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selasih

Puisi
 

Sayang selasih sama selasih,
     Selasih tumbuh di tepi kolam;
Kalau hati sesama kasih,
     Rindu dipendam siang malam.


Lihat selanjutnya...(152)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesa kenangan sepanjang zaman. Soalan: Dapatkah akar keladi melilit selasih?Rangkap pantun tersebut hanya merupakan perlambangan bahasa yang mengindahkan lagi susunan bahasa dalam bidang sastera terutamanya dalam penulisan puisi.Lain-lain18.05.2010
Kalau tuan selasih dani, Burung bayan buat sarang; Kalaulah tuan kasihkan kami, Rebutlah saya di tangan orang. Apa maksud *dani dalam pantun dari Kurik Kundi Merah Saga?

Pantun yang terdapat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga merupakan kumpulan pantun lisan Melayu. Melalui semakan termasuk carian di Internet, kami tidak menemui maklumat berkenaan perkataan dani. Perkataan tersebut hanya ditemukan dalam buku itu sahaja. Berkemungkinan perkataan selasih dani merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang dituturkan dalam komuniti setempat, yang merujuk kepada nama panggilan bagi pokok selasih atau variasi pokok selasih.

Makna17.08.2021
Salam sejahtera, Perlukah tanda koma (,) digunakan selepas perkataan terima kasih? Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, tuan-tuan dan puan-puan. Sekian, terima kasih.Tidak perlu. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Dihormati Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, tuan-tuan dan puan-puan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa12.08.2015
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang bagaimana pa menulis 6.1 bilion dalam bentuk angka? bunga selasih bunga kantan, terima kasih kepada tuan/puan. sekian terima kasih.Jawapan yang diberi sebelum ini adalah berkaitan. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan menakrifkan bilion sebagai juta juta, iaitu mengandungi 12 angka sifar (1 000 000 000 000). Itulah juga sistem yang digunakan dalam Matematik. Walau bagaimanapun setelah disemak penggunaan dalam istilah juga kepada pihak yang berwenang dalam hal ini (Bank Negara Malaysia), bilion ditakrif sebagai ribu juta, iaitu mengandungi sembilan angka sifar (1 000 000 000). Maka 6.1 bilion ditulis 6 100 000 000.Tatabahasa18.08.2015
kalau kita perlu menganalisis rima akhir pada serangkap pantun / syair, adakah kita tengok satu huruf sahaja pada akhir sekali, ataupun dua huruf pada akhir sekali? contohnya: pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. # kita perlu tengok -ar ? atau -r ? # kita perlu tengok -i ? atau -ti ?

Susunan huruf rima akhir bagi pantun ialah a-b-a-b, manakala rima akhir untuk syair ialah a-a-a-a. Rima akhir a-b-a-b merupakan kriteria utama untuk membezakan pantun daripada syair yang didapati rima akhirnya a-a-a-a. Contoh pantun dengan rima akhir a-b-a-b adalah seperti yang berikut:

Sebab padi sebab selasih,           
Itulah sebab saya lurutkan,
Sebab budi sebab kasih,
Itulah sebab saya turutkan.

Salah satu lagi ciri pantun yang membezakannya dengan syair adalah bahagian pembayang dan bahagian maksud.

Sastera09.05.2022
Apa tanda orang beriman Akhlaknya baik amat budiman Sopan dalam segala ucapan Lembut dalam segala tindakan Soalan saya, adakah pantun di atas mempunyai rima abab? Boleh terangkan secara jelas tak? Saya keliru sebab di belakang akhir pantun semua an,an,an,an

Pantun pada umumnya terdiri daripada empat baris serangkap dengan rima akhir a-b-a-b dengan tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua unit iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Rima akhir a-b-a-b merupakan kriteria utama untuk membezakan pantun daripada puisi yang lain seperti syair yang didapati rima akhirnya a-a-a-a. Berdasarkan contoh yang saudari berikan, puisi tersebut bukan merupakan serangkap pantun kerana rima akhirnya ialah a-a-a-a dan tiada pembayang atau sampiran. Contoh pantun dengan rima akhir a-b-a-b adalah seperti yang berikut:

Sebab padi sebab selasih,            

Itulah sebab saya lurutkan,

Sebab budi sebab kasih,

Itulah sebab saya turutkan.

Sastera22.08.2023

Kembali ke atas