Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.sih] | سلاسيه

Definisi : = ~ putih sj tumbuhan (herba utk rempah dan ubat), ruku-ruku, Ocimum basi-licum; ~ dandi a) sj tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing, rumput tahi ayam, Ageratum conyzoides; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Stachytarpheta indica; buah ~ sj tumbuhan (herba dan buah), Passiflora foetida; bunga ~ bunga pokok selasih putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.sih] | سلاسيه

Definisi : nama sj herba yg dpt dijadikan ubat dsb, Ocinum basilicum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selasih

Puisi
 

Sayang selasih sama selasih,
     Selasih tumbuh di tepi kolam;
Kalau hati sesama kasih,
     Rindu dipendam siang malam.


Lihat selanjutnya...(152)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELASIH

SELASIH, sejenis tumbuhan herba. Selasih terbahagi kepada tiga jenis iaitu selasih putih atau hitam (Ocinum basilicum), selasih dandi (Ageratum conyzoides) dan selasih hutan (Stachytarpheta indica).

BUDAYAFlora dan Fauna
KEMANGI

Kemangi atau selasih ialah herba tahunan yang

digunakan untuk memperisa makanan. Kemangi

biasa atau kemangi manis mempunyai daun

yang bergerigi tepinya, bunga berwarna putih

keungu-unguan. Ia tumbuh setinggi kira-kira

30 sentimeter. Spesies pokok renek tumbuh

sehingga 2.5 meter tingginya. Daun kemangi

digunakan dalam sup, salad, dan hidangan daging.

Kemangi boleh ditanam di laman daripada biji

benihnya. Batangnya boleh dipotong dan

dikeringkan untuk kegunaan pada musim sejuk.

UMUM 

Kembali ke atas