Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.tan] | سلاتن

Definisi : mata angin (arah) yg bertentangan dgn utara, daksina, kidul; ~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dgn selatan; ~ menenggara arah antara selatan dgn tenggara (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.tan] | سلاتن

Definisi : arah di sebelah kanan apabila kita menghadap ke timur; arah mata angin yg bertentangan dgn utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selatan

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Pertama, saya minta tanya kalau Global South / Global North sesuai dipadankan dengan yang mana satu? Dunia Selatan/Utara, Selatan/Utara Dunia, Selatan/Utara Global, Selatan/Utara Sejagat? Kedua, patutkah Phoenicia dieja dalam bahasa Melayu menjadi Fenisia, Foenisia, Phoenisia atau lain kalau mengikut pedoman ejaan? Ketiga, apa maksud belacan kukup?i) Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah global south ialah dunia selatan dan global north ialah dunia utara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. 

ii) Pembentukan ejaan Phoenicia mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu ialah Fonisia. 

iii) Belacan kukup ialah belacan yang berasal dari Kukup, yang terletak di daerah Pontian, Johor. 
Istilah27.01.2024
Apakah perbezaan antara Thailand Selatan dan Selatan Thailand? 2.Pertama kali atau kali pertama. Apakah perbezaannya?1. Frasa yang betul ialah Selatan Thailand.
2. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
Tatabahasa25.10.2013
1. Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Klang Zon Selatan 2.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Daerah Klang Zon Selatan 3.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang Antara tiga ayat di atas , yang mana satu betul ? Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang", jika zon selatan tersebut dalam daerah Klang.Tatabahasa16.06.2011
saya sumaiyah jeteh, sedang belajar bahasa melayu dasar,di selatan Thai, ingin bertanya,adakah terdapat buku sejarah pattani selatan thai,yang di cetak oleh DBP.terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Sejarah Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Lain-lain06.11.2013
Slm, 1) kutub utara dan kutub selatan dalam huruf besar@kecil? 2)Lingkaran Kutub Utara (betul ke huruf besar)? tqSalam Sejahtera. 1. Perkataan kutub utara dan kutub selatan, dieja dengan huruf kecil. 2. Perkataan "Lingkaran kutub utara" - jika permulaan ayat, L huruf besar. Begitulah sebaliknya.Tatabahasa02.11.2015
saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Pangkal Ayat ? terima kasih.saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Pangkal Ayat ? terima kasih.
Pangkal ayat ialah permulaan ayat.  Kata pada pangkal ayat mesti ditulis dengan huruf besar. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk biasa ayat, biasanya subjek berada pangkal ayat. Subjek terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Semua kata nama boleh menjadi subjek dan berada pada pangkal ayat. Penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat. Untuk mendalami tatabahasa Bahasa Melayu tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, 2008 terbitan DBP.
Tatabahasa31.12.2013
Boleh jelaskan secara terperinci penggunaan "di" dan "pada" bagi ayat berikut? di bahagian utara negara itu ATAU pada bahagian utara negara itu? di sebelah timur dan selatan mereka ATAU pada sebelah timur dan selatan mereka? Sekian, terima kasih.Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat contohnya  "di rumah", "di sekolah" dan lain-lain. Manakala "pada" pula ialah  kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Contohnya "pada peringkat", "pada hari raya" dan lain-lain. Jika prasa di atas merujuk kepada tempat, kata sendi nama yang betul ialah "di bahagian utara negara itu"  dan "di sebelah timur dan selatan mereka".   Tatabahasa11.06.2021
Zam Lee WED 15:55 Zam Lee Zam bahasa melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak ada yang mempertahankan dan memperjuangkanAyat yang betul ialah Bahasa Melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak dipertahankan dan diperjuangkan oleh sesiapa.Tatabahasa28.12.2016
Saya Nadiroh Bueto sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat bahasa antarabangsa , UIY. Ingin bertanya buku sejarah Melayu di selatan Thailand. Terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam data kami, tiada buku sejarah Melayu di selatan Thailand terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk merujuk sejarah ringkas bahasa Melayu, halaman 3-20.Tatabahasa24.10.2013
Saya Mawaddah Masae, sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. Ingin bertanya : Buku tengtang puisi melayu yang berhubungan dengan Selatan Thai.Terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada maklumat khusus berkenaan puisi yang berhubungan dengan selatan Thai dalam data kami. Kami mencadangkan puan boleh membuat rujukan di perpustakaan cawangan DBP atau Pusat Dokumentasi DBP, di Menara DBP.Lain-lain24.10.2013
12345678910...

Kembali ke atas