kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
paksi | axis | Garis bayangan yang menghubungkan kutub utara dan kutub selatan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hemisfera | hemisphere | Bahagian separuh bumi, biasanya terbahagi kepada bahagian utara dan selatan yang ditandai oleh garis Khatulistiwa. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kutub | pole | 1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kompas | compass | Alat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur. | Menengah Rendah |