Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.wat] | صلوات

Definisi : doa kesejahteraan ke atas Nabi: setelah membaca ~, mereka pun mulai berjalan; berselawat membaca selawat, berdoa: kadi ~ tiga kali dgn nyaring suaranya; menyelawatkan berselawat utk memohon sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.wat] | صلوات

Definisi : doa kpd Tuhan supaya di­lim­­pahkan rahmat atas Nabi Muhammad SAW. berselawat membaca selawat: Kadi ~ tiga kali dgn nyaringnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selawat

Puisi
 

Bunga sena datuk,
     Kembang tajul Malai;
Selawat pinang datuk,
     Masuk jenung balai.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sallallahualaihiwasallam selepas nama Nabi dinamakan sebagai apa? Adakah 'gelaran' atau 'selawat'? Terima kasih.Sallallahualaihiwasallam ialah selawat, iaitu doa kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.Tatabahasa22.04.2014
Salam, benar tak ayat ini dari sudut struktur dan ejaan "Alhamdulillah. syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW Nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, al-Quran dan al-Hadith" ?Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, iaitu al-Quran dan hadis.Ejaan12.04.2012

Kembali ke atas