Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.yang] | سلايڠ

Definisi : sj ikan laut, Decapterus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.yang] | سلايڠ

Definisi : sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas: ~ pandang (lalu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.yang] | سلايڠ

Definisi : sambil lalu (bkn pandangan dll); sepintas: ~ pandang (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selayang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah untuk menulis nama-nama spesies ikan di tengah-tengah ayat? Contoh: Ikan Lampam Sungai, Selar Kuning, Aruan Tasik, Udang Galah? Adakah perlu ditulis Ikan Lampam sungai, Selar kuning, Aruan tasik, Udang galah? Bagaimana pula bagi spesies ikan Kerai, Jelawat, Selayang? Adakah ditulis ikan kerai, jelawat, selayang? Mohon penjelasan pihak tuan/puan.

Nama tempatan untuk ikan perlu ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Ikan lampam sungai. Selar kuning. Aruan tasik. Udang galah. Kecuali untuk huruf pertama pada permulaan ayat. Jika nama tempatan ikan berada di tengah ayat, nama tersebut ditulis keseluruhannya dengan huruf kecil. Contohnya: ikan kerai, jelawat, selayang, ikan lampam sungai, selar kuning, aruan tasik, udang galah. Nama tempatan bukan nama khas walaupun terdapat nama khas contohnya nama tempat dalam nama tersebut seperti lampam jawa.   

Lain-lain28.01.2023
Salam sejahtera, Soalan : a) Selayang Kusayang b)Selayangku Sayang. Yang manakah slogan di atas betul dan apa sebabnya. Terima kasih. Wong Chak Keong

Untuk makluman, kata ganti nama singkat hendaklah ditulis rapat dengan kata yang diterangkan, sama ada di pangkal kata kerja atau di hujung kata nama.
Penggunaan yang betul ialah Selayangku sayang.

Tatabahasa01.07.2020
Jabatan Kesihatan Daerah Gombak melancarkan Kempen Anti Denggi di Taman Selayang Jaya. Adakah betul perkataan Antidenggi perlu dirapatkan?Anti ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Maka ejaan yang betul ialah antidenggiEjaan12.05.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejajar dengan hasrat pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk menaik taraf pekan Batu Arang sebagai Bandar Warisan dan pusat pelancongan bersejarah, pihak kami akan menukar papan tanda lama yang terletak di sekitar lokasi Batu Arang. Untuk makluman, papan tanda sedia ada di lokasi merupakan papan tanda dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan dikesan terdapat kesalahan bahasa (Rujuk Lampiran). Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak DBP dapat membantu bagi alih bahasa ke Bahasa Inggeris yang tepat. Dilampirkan bersama senarai papan tanda untuk rujukan dan tindakan pihak DBP selanjutnya. Terima kasih.

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain28.01.2019
Mohon pandangan kesesuaian ayat untuk MOTO sambutan ulangtahun majlis perbandaran selayang. 1. 20 Tahun MPS - Membina kesejahteraan 2. 20 Tahun MPS - Pemangkin pembangunan 3. 20 Tahun MPS - Menerus kecemerlangan 4. 20 Tahun MPS - Merentas zaman 5. 20 Tahun MPS - Berkhidmat utk semua 6. 20 Tahun MPS - Memaju, Membangun, Mensejahtera Terima Kasih.Pada pandangan kami, pihak tuan harus menentukan dahulu slogan yang hendak digunakan dan pihak kami akan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam slogan tersebut. Hal ini kerana pihak tuan lebih tahu, perkara yang hendak diketengahkan. Jika perkara perkhidmatan yang hendak ditumpukan, slogan "20 Tahun MPS, Berkhidmat untuk Semua" boleh digunakan.
Tatabahasa13.04.2017
Pengesahan visual iklan berwarna untuk ZL LIGEL MOTORSPORT NO.53 JALAN SELAYANG SEGAR, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “dbpsahbahasa.my”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur  DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak).Lain-lain10.01.2020
Mohon ulasan daripada pihak tuan untuk visual papan iklan. agensi yang terlibat : Majlis Perbandaran Selayang (MPS)Mohon tuan/puan layari http://www.dbpsahbahasa.my/ untuk semakan dan pengesahan iklan.Lain-lain09.04.2018
Assalamualaikum, saya memerlukan bantuan pihak DBP untuk "pengesahan papan tanda" restoran saya di IIUM Gombak untuk pendaftaran Majlis Perbandaran Selayang. Terima kasih.Sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan bahasa.Lain-lain20.02.2017
Salam, mohon bantuan semakan bagi ayat iklan seperti di lampiran. Terima Kasih di atas bantuan pihak Tuan. AHMAD FAUZI ISHAK Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Selayang 03-6126 5800 / 012-29847271. Buang perkataan "Bagi Tujuan". Terus kepada Draf Rancangan.....
2. Tukar GunaTanah kepada Guna Tanah
3. Tukar Zoning kepada Pengezonan
4. Tukar daripada kepada dari 13 Mac...
5. Selaraskan tarikh kepada 13 Mac 2017 hingga 14 April 2017
6. Tukar kepada dialamatkan
7. Tukar kepada Tel.: (letak titik) dan E-mel:
Penyemakan dan penterjemahan03.03.2017
Assalamualaikum WBT, apakah padanan kata bagi teknik bacaan "skimming" dan "scanning"? Terima kasih.Padanan kata dalam bahasa Melayu bagi teknik bacaan skimming ialah bacaan selayang. Padanan untuk teknik scanning kami cadangkan bacaan imbasan dalam bahasa Melayu.Makna08.10.2021
12

Kembali ke atas