Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baki drpd sesuatu; lebihnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selebihnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul 1. Ayah menyuruh Ali menggelung atau menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gelung atau gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung atau digelung semula.Ayat yang betul; 1. Ayah menyuruh Ali menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung semula.Tatabahasa02.08.2009
Salam. Saya mempunyai satu pertanyaan berkenaan sejarah penggunaan huruf ta marbutah (ة) di dalam tulisan Jawi. Berdasarkan pemerhatian saya, di dalam ejaan Jawi lama, terdapat satu versi ta marbutah yang ditulis secara terpisah daripada selebihnya perkataan tersebut, serta berada di paras yang lebih tinggi berbanding huruf lain bagi menandakan bunyi (KK) yang berakhir dengan konsonan T seperti "Parliament" (sila rujuk fail lampiran). Saya faham bahawa penggunaan ta marbutah sebegini tidak lagi menjadi sebahagian daripada cara penulisan bahasa Melayu, namun adakah Dewan Bahasa mempunyai catatan rekod tentangnya, dan bolehkah saya mendapatkan sedikit penjelasan atau rumusan tentangnya, seperti nama panggilannya dan jika ia mempunyai kegunaan lain? Terima kasih.Soalan tuan/puan memerlukan rujukan khusus, catatan rekod dan penjelasan yang lebih terperinci. Kami akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel setelah mendapat maklumat berkenaan. Untuk maklumat tambahan, tuan/puan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan -Jawi (Edisi Kedua) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Ejaan27.06.2021
MOHON BERI PENERANGAN BERKAITAN DENGAN PEMBENTUKAN FRASA ADJEKTIF. JIKA BOLEH BERIKAN PENJELASAN ATAU PERBANDINGAN PANDANGAN TOKOH ZA'BA, ASMAH HAJI OMAR DAN NIK SAFIAH KARIM et.al. terima kasihDalam ruang dan had masa yang terhad ini, kami hanya dapat memberikan sedikit maklumat yang berkaitan. Yang selebihnya perlu menelaah pelbagai buku rujukan khususnya Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (antara penyusunnya Nik Safiah Karim),Nahu Melayu Mutakhir (Asmah haji Omar) dan Pelita Bahasa Melayu (Pendeta Za'ba) dan pelbagai buku yang berkaitan dengan pertanyaan puan. Buku Tatabahasa Dewan, menjelaskan bahawa Frasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa Adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 405 - 419. Prof. Emeritus Asmah Haji Omar pula membei penjelasan yang hampir sama tentang Frasa Adjektif. Dengan mengekalkan istilah asal kata Melayu, Frasa Sifat ialah frasa yang intinya merupakan kata sifat dan berfungsi pada predikat ayat. Asmah membahagiakn Frasa Sifat kepada Frasa Sifat Selapis dan Frasa Sifat Kompleks. Lihat Nahu Mutakhir, halaman 338 - 357. Pendeta Za’ba pula membahagi sifat kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua merujuk kepada adverba. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pelita Bahasa Melayu.Tatabahasa31.03.2014
[ Membalas surat tuan yang seperti berikut ] "Bagi kata nama khas, seperti nama negara, nama sungai, nama tamadun dan nama lengkap yang khusus bagi program atau aktiviti perlu digunakan "huruf besar". Berdasarkan contoh frasa di tengah-tengah ayat yang diberikan, maka penggunaan yang betul ialah, Sungai Tigris dan Tamadun Mesopotamia. Manakala selebihnya … negara Malaysia, negeri Pahang, hospital pakar Malaysia dan program kecemerlangan pelajar. Bagi pihak DBP, saya menyarankan peminat dan pengkaji tatabahasa seperti tuan wajib memiliki dan memahami Tatabahasa Dewan." Balasan: Tuan, sebenarnya saya telah memiliki sebuah buku Tatabahasa Dewan dan saya sangat suka akan buku tersebut kerana buku tersebut terdapat banyak maklumat. Jadi semasa tuan menjelaskan pertanyaan saya, bolehkah tuan nyatakan halaman atau muka surat buku Tatabahasa Dewan tersebut untuk saya membuat rujukan tentang pertanyaan saya? Seperti soalan "huruf besar" dan "huruf kecil" inilah. Halaman(muka surat) berapakah yang harus saya rujuk?

Berkaitan dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Bab 6: Kata Nama pada  halaman 95 – 141. Sekiranya tuan perlukan maklumat tambahan, boleh dapatkan pula buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, halaman 10-15: Penulisan Huruf dan  buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, Bab II:Huruf Besar dan Huruf Condong pada halaman 80.

Tatabahasa05.05.2014
salam 1Malaysia. mohon bantuan penggunaan ayat yang sesuai untuk contoh huraian di bawah. TQ Ini menunjukkan bahawa, peratus respons bersetuju oleh responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding responden lelaki dalam pernyataan tugas ini. Sebaliknya, responden lelaki menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding responden perempuan bagi tahap persetujuan kurang bersetuju iaitu masing-masing seramai 27 orang (12.56%) dan 33 orang (5.79%). Sementara selebihnya, iaitu seramai 6 orang (2.80%) responden lelaki dan 23 orang (4.04%) responden perempuan menyatakan tidak setuju.Mohon maaf, pihak kami tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana maklumat tidak lengkap.

Sedikit cadangan yang mungkin boleh membantu:

TQ ini menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju oleh responden perempuan lebih tinggi dalam penyataan tugas ini.  Kebanyakan responden lelaki menyatakan kurang bersetuju, iaitu seramai 27 orang (12.56 %).  Sementara jumlah bilangan yang menyatakan tidak setuju pula ialah 6 orang responden lelaki (2.80% ) dan 23 orang (4.04%) responden wanita.
Lain-lain22.03.2015
Amir Imran Feb 27th, 5:07pm salam...saya ada satu soalan, apa perbezaan penggunaan E (emak) dan E (ekor), dan bagaimana untuk menentukan sebutan 'E' dalam satu perkataan?Lihat pola keselarasan vokal bagi e (pepet) dan e (taling): e(p) - a, lekat e (p) - i, lebih e (p) - u, tempuh e(t) - a, petak e (t) - e (t), leceh e(t) - o, esok, selekoh, tempoh Semoga panduan ini dapat membantu tuan, selebihnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau maklumat dalam pangkalan data kami.Tatabahasa27.02.2015
BAGAIMANA KAMI HENDAK MENDAPATKAN KELULUSAN UNTUK MELETAKAN SIGNBOARD UNTUK DIPAMERKAN DILUAR BANGUNAN PKNS DILAMPIRKAN BERSAMA GAMBAR SIGNBOARD

 

 

1. Untuk mendapatkan pengesahan bahasa visual iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Sila rujuk panduan proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa  3 hari bekerja). Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan.

2. Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu contohnya,   PEJABAT URUSAN atau teks yang bersesuaian di bahagian paling atas sebelah kiri visual iklan.

 

Lain-lain14.01.2020
Assalamualaikum,saya ingin menyemak penggunaan bahasa untuk digunakan di banner kedai saya. Bagaimanakah cara cara yang perlu saya lakukan?

Untuk mendapatkan pengesahan bahasa dalam visual iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa  3 hari bekerja). Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan.

Penyemakan dan penterjemahan16.11.2019
Bagaimana cara memohon untuk membuat semakan dan pengesahan bagi gegantung yang dihasilkan oleh Bahagian ini sebelum memohon pas pelepasan daripada Majlis Bandaraya Seremban (PBT)

1. Untuk mendapatkan pengesahan iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa  3 hari bekerja).
2. Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan.

Lain-lain07.10.2019
Selamat Sejahtera, saya ingin meminta jasa baik pihak DBP jika ada menyimpan rekod kelulusan untuk papan iklan syarikat Study Germany Sdn. Bhd. (1285998A) Hal ini kerana kesilapan pihak kami kehilangan rekod simpanan kelulusan dari DBP,pihak kami ingin memperbaharui lesen pejabat urusan. Wakil pihak kami ada ke pejabat DBP tahun ini pada bulan April untuk mendapatkan kelulusan meletakkan papan iklan. Jenis papan iklan kami : 1.) Menganjur/tak bersinar 1 muka 2.) Menganjur/tak bersinar 2 muka 3.) Melintang/bersinar Kami amat berterima kasih jika pihak DBP dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan pihak puan membuat permohonan semula  dan Untuk pengesahan segera, puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur.  Puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. .Pihak kami sukar menyemak data iklan  tanpa maklumat lengkap seperti tarikh, no. permohonan, alamat  pemohon dan sebagainya kerana data iklan terlalu banyak. Lain-lain07.10.2019
12

Kembali ke atas