Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.lé.bri.ti] | سيليبريتي

Definisi : (sélébriti) orang yg terkenal dan menjadi tumpuan ramai, terutamanya dlm bidang hiburan spt bintang filem, pelakon dan penyanyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.lé.bri.ti] | سيليبريتي

Definisi : /sélébriti/ orang yg terkenal dan menjadi tumpuan ramai, ter­utamanya dlm bidang hiburan, spt penyanyi dan pelakon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selebriti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya mengekalkan ejaan "Celebrity Beaute" tanpa menukar kepada "Selebriti Beaute" untuk gegantung iklan kerana nama tersebut merupakan nama anak syarikat.Pihak puan boleh menggunakan nama Celebrity Beaute kerana nama tersebut merupakan nama khas dan tidak perlu ditukar ejaannya.Lain-lain28.08.2019
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI??Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal.         Lain-lain27.04.2008
Apakah terjemahan paling tepat untuk perkataan ini? Terima kasih. 1) Likeability Contoh ayat: In the same vein, attitude towards organ donation registration was found to mediate the relationship between likeability and authenticity towards intention to register as organ donors. 2) Admirability Contoh ayat: Altruism was also found to moderate significantly on the relationships of admirability, charisma, celebrity-cause congruence on attitude. 3) Celebrity-Cause Congruence Contoh ayat: Altruism was also found to moderate significantly on the relationships of admirability, charisma, celebrity-cause congruence on attitude.Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1) Likeability = kesesuaian
2) Admirability = kekaguman
3) Celebrity-Cause Congruence = sikap yang menyerupai selebriti.

Namun begitu, terjemahan yang sejadi (natural) perlu dilihat juga pada ayat sebelum dan ayat selepas ketiga-tiga perkataan tersebut.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan06.06.2017

Kembali ke atas