Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selempang;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan perkataan Selepang dan Selempang? Mohon maklum balas tuan dalam hal ini. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, selempang ialah sesuatu yg diselendangkan menyilang dari bahu hingga ke pinggang sebagai tanda pangkat. Selepang sama dengan selempang untuk maksud yang berkenaan.Makna20.08.2014
Syams El-Bahri El-Banjari WED 17:24 Syams El-Bahri El-Banjari Syams Assalam'alaikum... Salam kenal. Saye dari Kuala Tungkal-Jambi. Saya nak tanye, apakah Saye bise dapatkan buku novel Selempang Merah Panglima Shaleh oleh Zahara Nawawi?Waalaikumussalam. Untuk makluman, buku Selempang Merah Panglima Saleh masih dalam proses cetak semula. Mohon hubungi Encik Abd Khalid di Bahagian Pemasaran DBP melalui alamat e-mel abd.khalid@dbp.gov.my untuk mendapatkan perkembangan buku ini. Terima kasih.Lain-lain23.11.2016
Apakah nama untuk kain yang melilit pada badan pemenang ratu cantik? Kain tersebut kadangkala digunakan untuk menyatakan nama negara bagi ratu cantik tersebut. Kalau tak silap saya, perkataan itu bermula dengan huruf 's'Selempang.Lain-lain03.03.2017
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020

Kembali ke atas