Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lén.dang] | سليندڠ

Definisi : (seléndang) kain panjang utk menutup kepala (leher, bahu): kusebaikan ~ku di atas bahu; ~ dunia prb orang kaya yg dermawan atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (utk pujian sahaja); berselendang memakai selendang: seorang perempuan muda bertocang dua dan ~ kain kasa kuning; menyelendangi mengenakan (memakai) se-len­dang pd; menyelendangkan, memperselendang me­makai atau menggunakan sesuatu sbg selen-dang, menyibaikan di bahu sbg selendang: ~ tuala ke bahu; terselendang terletak, tergantung: beg yg ~ pd bahu Nani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lén.dang] | سليندڠ

Definisi : /seléndang/ kain panjang utk menutup kepala atau bahu (biasanya dipakai oleh orang-orang perempuan). berselendang memakai selendang. menyelendangkan menyebaikan se­su­atu ke bahu sbg selendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selendang (kata nama)
Bersinonim dengan tudung, kelubung, kelumbung, mafela, sal, syaf, selempang, sampur, sabuk;,
Kata Terbitan : berselendang, menyelendangi,

Puisi
 

Selendang mayang dari Bali,
     Pakaian anak tuan puteri;
Jangan dikenang orang yang pergi,
     Orang yang dekat sudah menanti.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, benarkah ayat ini " Adik sedang melipat selendang yang jarang itu." Dalam konteks ini, apakah makna "jarang"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna "jarang" dalam ayat "Adik sedang melipat selendang yang jarang itu" ialah tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll).Makna02.04.2013
ingin bertanya apitan yang tepat. ayat : Ahmad ___________ tunangnya, Shahidah sehelai selendang. apakah apitan yang tepat? menghadiahi atau menghadiahkan, mengapa?Apitan yang betul ialah meN-...-i.  Ahmad menghadiahi tunangnya, Shahidah sehelai selendangTatabahasa29.03.2012
Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung.

Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus  tepung.

Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. 

Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul:  Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera.

Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi.

Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa09.12.2010
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang.
2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya.
3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah.
5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini.
6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan  oleh pihak kerajaan.
7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.
Tatabahasa22.03.2013
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang.Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital.Lain-lain04.11.2010
Hanim Husin Jun 27th, 2:41pm Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! Saya Hanim dari PJ. Saya ingin mendapatkan kebenaran daripada cik/puan/tuan untuk mengadakan Bengkel/Slot demo Penggayaan Selendang dengan mudah dan pantas sesuai dengan peredaran masa yang memerlukan kita bergerak pantas dalam kehidupan seharian. Saya mempunyai kumpulan @ Hijab Stylist Team yang diterajui oleh Hijab Stylist yang semakin meningkat naik iaitu Puan Anizon Hussin, mantan Editor bagi Majalah Dara.Com. Bengkel/Slot yang bakal diadakan ini adalah percuma selama 1 1/2 jam dan ianya bertujuan untuk membantu para muslimah menggayakan tudung dengan cepat disamping menutup aurat. Slot ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim diantara jabatan/staff pihak cik/puan. Diharap aktiviti akan mendapat pertimbangan daripada pihak cik/puan/tuan. InsyaAllah! Sekian, HANIM 016-9052046Sila hubungi Bhg. Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain27.06.2014
saya muhammadikran mama saya sedang belajar bahasa melayu.dasar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.apakah maksud ayat bersusun.terima kasih

Selamat petang:
Untuk makluman, tidak terdapat istilah "ayat bersusun"dalam rekod kami. Kami berpendapat istilah yang dimaksudkan ialah ayat majmuk.  Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.

Contoh ayat majmuk:

1. Ali guru tetapi adiknya kerani. 
2. Anak itu lapar kerana belum diberi susu.
3. Selendang ini untuk ibu manakala songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik.

Tatabahasa22.09.2016

Kembali ke atas