Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.leng.ga.ra] | سلڠݢارا

Definisi : ; menyelenggarakan 1. mengu­rus dan mengerjakan, mengelolakan, meng-usahakan: ladang yg luas diselengga­rakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalan-kan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. mem-bela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam; selenggaraan 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan (mengusahakan, me­nge-lo­la­kan, dll); penyelenggaraan 1. perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor; penyelenggara 1. pemelihara, penjaga: ~ kebun; 2. orang yg menyelenggarakan (meng-usahakan dll) sesuatu: ~ upacara; ~ pejabat budak suruhan di pejabat-pejabat, peon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.leng.ga.ra] | سلڠݢارا

Definisi : ; menyelenggara mem­buat kerja-kerja serta mengurus su­paya berjalan lancar (bkn sesuatu usaha dsb): Kerja-kerja ~ akan di­mulakan segera. menyelenggarakan mengerjakan serta mengurus sesuatu: Sebuah jawatankuasa telah dibentuk utk ~ pameran itu. terselenggara dpt atau sudah diselenggarakan; terurus. penyelenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyelenggara atau menyelenggarakan sesuatu: ~ se­minar tsb telah berjalan dgn lancar. penyelenggara orang atau badan yg menyelenggarakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu apa beza senggara dan selenggaraSenggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara.Tatabahasa05.05.2015
Adakah terdapat perbezaan makna bagi perkataan senggara dan selenggara.Perkataan selenggara berasal daripada senggara yang telah ditambah dengan sisipan "el". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, senggara bermaksud mengurus, mengendalikan atau menyelenggarakan. Kedua-dua kata tersebut sama makna dan boleh digunakan.Tatabahasa25.07.2013
Assalamualaikum, Apakah perbezaan antara 'selenggara' dan 'senggara'?Perkataan senggara dan selenggara sama sahaja maknanya. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.Tatabahasa27.09.2012
selenggaraPertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan apakah bentuk soalan saudara. Sekiranya saudara ingin mencari maksud selenggara, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, selenggara bermaksud . mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam. Istilah07.02.2010
Senggara atau Selenggara. menyenggara atau menyelenggara. Apa perbezaan dan bila perlu digunakanSenggara dan selenggara sama sahaja, perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara. Maka perkataan menyenggara dan menyelengggara juga sama sahaja.Makna15.08.2012
Apakah perbezaan selenggara dan senggara? Selenggaraan dan penyenggaraan?Salam sejahtera,

Tuan,

Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara. Begitu juga dengan senggaraan atau penyenggaraan yang mempunyai maksud sama iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa04.01.2018
maksud serta penggunaan perkataan selenggara dan senggara. Apa perbezaan antara 2 perkataan ini?

Tuan Jol,

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll).  Penjelasan terperinci tentang kedua-dua kata ini boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 

  • senggara; menyenggarakan

    mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan;
  • penyenggaraan

    perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan;  lihat juga selenggara.
  • Istilah25.03.2009
    Saya sedikit keliru, yang manakah perkataan yang betul 'senggara' atau 'selenggara'. Saya lihat JKR menggunakan senggara manakala DBP menggunakan selenggara contohnya 'penyelenggaraan Biodata' yang terdapat di website ini. Minta dijelaskan. Terima kasihKedua-duanya betul. Selenggara ialah istilah lama.Istilah22.11.2009
    Salam, ingin bertanya mengenai penggunaan senggara & selenggara, saya telah baca semua q&a dan faham ia sisipan 'el' dan adalah varian spt guruh/gemuruh. Q: adakah ada prioriti/praktis/lebih formal/lebih baik penggunaan antara salah satu perkataan senggara/selenggara dalam tulisan spt panduan penggunaan, dokumen rasmi atau signage? atau diterima umum sbg 100% sama taraf penggunaan? terima kasih & selamat tahun baru 2022Kata “senggara” dan “selenggara” mempunyai maksud yang sama iaitu mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan. Dalam penulisan rasmi, kata “senggara” (menyenggarakan, disenggarakan, tersenggara, penyenggaraan dan penyenggara) dan "selenggara" (menyelenggara, menyelenggarakan, diselenggarakan, terselenggara, penyelenggaraan, selenggaraan dan penyelenggara) sama tarafnya dan boleh digunakan untuk merujuk maksud yang sama.   

    Tatabahasa04.01.2022
    Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkataan yang sesuai yang boleh digunakan dalam laporan iaitu sama ada SENGGARA ATAU SELENGGARA? Apakah perbezaan dan apakah keadaan atau ayat yang sesuai bagi penggunaannya? Terima kasih.Senggara dengan selenggara kedua-duanya sama sahaja maknanya. Perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menjadi selenggara. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks yang sama.Tatabahasa02.08.2013
    1234

    Kembali ke atas