melengka | [m«.leN.kA] | kata kerja | berbaring selepas makan. | Tak senonoh bebudak ni, adeke lepas makan nak melengka. | [tA/ s«.no.noh b«.bu.dA/ ni A.d«.k« l«.pAs mA.kAn nA/ ] | Tidak senonohnya perangai budak-budak ini, selepas makan hendak berbaring pula. |
gebak-genek | [g«.bA/.g«.ne/] | kata adjektif | berkenaan air muka kanak-kanak yang hendak menangis, mencebik. | Gebak-genek aje mukenye selepas kene marah. | [g«.bA/.g«.ne/ A.dZ« mu.k«.ø« s«.l«.pAs k«.n« mA.ÄAh] | Mencebik sahaja mukanya selepas kena marah. |
mentong | [men.toN] | kata kerja | memakan makanan asas selepas waktu makan yang lazim. | Baru pukol tige, Mak Usu dah mentong. | [bA.Äu pu.kol ti.g« mA/ u.su dAh men.toN] | Baru pukul tiga, Mak Usu makan sekali lagi. |
muyi II | [mu.ji] | kata kerja | berjaga malam dengan acara berzanji dan lain-lain selepas kelahiran bayi hingga tanggal pusat. | Mak Ngah buat keje muyi sampai cucunye tanggal pusat. | [mA/ NAh bu.wAt k«.dZ« mu.ji sAm.pAj tSu.tSu.ø« tAN.gAl ] | Mak Ngah mengadakan acara berzanji dan bacaan ayat suci pada sebelah malam sehingga cucunya selamat tanggal pusat. |
burasak | [bu.ÄA.sA/] | kata nama | sejenis makanan daripada beras yang dibungkus dengan daun pisang muda sebaik-baiknya dengan daun pisang nipah. Selepas dibungkus, makanan ini disusun bertindih-tindih, direbus dengan santan selama lima atau enam jam. Makanan ini istimewa untuk orang ketur | | | |
bongkes | [boN.kes] | kata kerja | tumbang (pokok). | Lepas ujan lebat, banyak pokok bongkes. | [l«.pAs u.dZAn l«.bAt bA.øA/ po.ko/ boN.kes] | Selepas hujan lebat, banyak pokok tumbang. |
bondak | [bon.dA/] | kata adjektif | berkenaan air yang keruh. | Lepas ujan, ae perigi tu bondak. | [l« pAs u.dZAn Ae p«.Äi.gi tu bon.dA/] | Selepas hujan, air perigi itu keruh. |
biyak | bi.jA/] | kata adjektif | berkenaan tanah yang lecak. | Lepas ujan jangan maen lari-lari, kan biyak. | [l«.pAs u.dZAn dZA.NAn mAen lA.Äi lA.Äi kAn bi.jA/] | Selepas hujan jangan main berlari-lari, bukankah tanah itu lecak. |
toye | [to.j«] | kata adjektif | berkenaan muka yang letih, tidak bermaya dan tidak berseri, bersahaja. | Toye bena muke Samad lepas pekse. | [to.j« b«.nA mu.k« sA.mAd l«.pAs p«/.s«] | Letih benar kelihatan muka Samad, selepas peperiksaan. |
miong | [mi.joN] | kata adjektif | bingung, seolah-olah mati akal buat sementara disebabkan oleh sesuatu kejadian yang tidak disangka-sangka. | Lepas orang rumah meninggal, beminggu-minggu die miong. | [l«.pAs o.ÄAN Äu.mAh m«.niN.gAl b«.miN.gu.miN.gu di.j« | Selepas kematian isteri, berminggu-minggu dia bingung seolah-olah mati akal. |