Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lebih selesa daripada jangkaan anda ATAU lebih selesa dari jangkaan anda ? Terima KasihYang betul ialah Lebih selesa daripada jangkaan anda.Tatabahasa26.06.2008
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada frasa "persekitaran yang kondusif", perkataan kondusif boleh disama erti dengan perkataan "selesa" atau tidak. Adakah keadaan yang kondusif adalah seerti dengan keadaan yang selesa? Sekian, saya dahuluinya dengan ucapan terima kasih atas pencerahan tuan.Kondusif dalam konteks yang diberikan bermakna keadaan yang selesa dari segi tempat, peralatan, ruang dan suasana kerja yang tenang untuk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Makna21.03.2021
dendam: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; (Kamus Dewan Edisi Ke-4) 1) Bolehkah saya bertanya tentang penggunaan perkataan "ia" dan "ianya"? 2) Rumah itu selesa. Bolehkah perkataan "selesa" digantikan dengan "enak" (maksud perkataan ini tidak terhad pada makanan sahaja berdasarkan kamus) dan "menyenangkan"? Terima kasih.1. Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digabungkan penggunaannya.
2. Perkataan enak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa11.06.2020
kata lawan bagi selesaSalam saudari Nora,

Lawan bagi perkataan selesa ialah RIMAS
Makna17.09.2012
Saya ingin mengetahui maksud istidah "e" atau "i" yang sering diletakkan dihadapan sesuatu perkataan. Contohnya, e-dagang, e-perolehan, i-resort. Saya terlihat satu iklan projek perumahan yang yang bernama Selesa Apartment dan kemudiannya semasa projek tersebut giat dibangunkan oleh pemaju tersebut, iklan kedua projek tersebut ditukarkan ke nama baru Selesa 'i-Resort' Apartment. Apa pandangan atau yang difahami oleh pihak tuan terhadap kualiti kemudahan yang terdapat (disediakan) di apartment tersebut dan apa yang dimaksudkan dengan i-Resort tersebut.. Terima kasih.Maksud "e" di awal perkataan tersebut ialah "elektronik" Bagi "i" di awal perkataan, diharap pihak saudara boleh menghubungi pihak resort yang berkenaan.Tatabahasa12.12.2007
perkataan berlawan untuk selesaRimasMakna12.09.2007
wholesome relexationbersantai dengan selesa (baik)Lain-lain04.04.2007
Tuan, 1.Suasana pagi itu sungguh selesa dengan kehadiran keluarga Ali. 2.Doktor meminta nenek mendapat rehat yang baik. 3.Anggota keluarga Ali dapat bertemu dalam suasana yang gembira. Adakah ayat-ayat tersebut betul?Jika tidak,sila tunjukkan cara membetulkan ayat. Terima kasih.Ayat yang diberikan tidak tepat daripada pemilihan kata. Ayat yang lebih gramatis:

1. Suasana pagi itu sungguh indah dengan kehadiran keluarga Ali.
2. Doktor menasihati nenek supaya mendapatkan rehat yang cukup.
3. Anggota keluarga Ali dapat berkumpul dalam suasana yang sangat harmoni.
Tatabahasa26.04.2018
Peribahasa yang sesuai untuk maksud keluar daripada zon selesa untuk berjaya.Untuk makluman puan, tiada kata kunci untuk membuat carian makna peribahasa. Puan perlu menyemak satu demi satu peribahasa untuk mendapatkan makna yang tersebut.Tatabahasa21.07.2021
Selamat sejahtera cikgu.Nama saya Sathya Gananaathaa.Saya menuntut di SMK Taman Selesa Jaya 2 dalam tingkatan 2.Saya ingin meminta pertolongan cikgu untuk menanda karangan saya.Saya berharap cikgu sudi membantu saya.Markah penuh karangan ialah 30.Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa yang kami berikan adalah untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah penggunaan bahasa termasuklah ejaan, istilah, terjemahan, pemilihan kata dan tatabahasa. Menyemak karangan pelajar tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Kami menyarankan tuan merujuk kamus untuk melihat ejaan yang betul dan merujuk buku tatabahasa untuk memastikan pembentukan kata dan binaan ayat yang betul. Tidak ada jalan pintas untuk menghasilkan sebuah karya yang baik, kecuali belajar dengan guru dan banyak membuat latihan. Selalulah bertanya dengan guru di sekolah kerana guru dapat melihat kelemahan tuan dan membantu mengatasi kelemahan tersebut.Tatabahasa11.04.2015
1234

Kembali ke atas