Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REKAAN

Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau

produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan

kita mengawal persekitaran dan hidup dengan

lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika

kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa

bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya.

Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam

persekitaran yang penuh dengan rintangan dan

membina sebuah masyarakat yang bertamadun.

UMUM 
ROADRUNNER

Roadrunner ialah burung yang terbang pantas,

yang hidup di atas tanah, yang terdapat di semak

samun di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico.

Roadrunner boleh terbang, tetapi ia paling selesa

tinggal di atas tanah. Ia boleh berlari selaju 24

kilometer sejam. Nama roadrunner datangnya

daripada tabiat burung ini yang suka berlari di

jalan raya di hadapan kenderaan yang bergerak

dan kemudian meluru ke dalam semak samun

untuk menyelamatkan diri. Nama-nama lain bagi

burung ini termasuk chaparral cock, ground

cuckoo dan snake killer.

UMUM 
BIEDERMEIER

Biedermeier ialah gaya reka bentuk yang

dibuat di negara-negara Eropah yang bertutur

bahasa Jerman pada awal tahun 1800-an. Nama ini

berasal daripada watak lucu dalam kesusasteraan

Jerman yang popular pada tahun 1830-an.

Papa Biedermeier melambangkan kehidupan

berkeluarga, nilai-nilai konservatif, dan kehidupan

yang kukuh lagi selesa. Istilah Biedermeier

digunakan dalam seni bina, reka bentuk dalaman,

dan seni hiasan. Kini, ia dikaitkan khusus dengan

perabot rumah Jerman yang selesa, yang dihasilkan

pada tahun 1820 dan 1850.

UMUM 
AHMAD SHAWQIY

Ahmad Shawqiy (1258 H.–1351 H./1842 M.–

1932 M.) ialah penyair Arab moden. Ahmad Shawqiy

mempelajari syair daripada tokoh silam syair Arab

abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Dia lahir di

Kaherah dan berasal daripada keluarga kacukan

Arab, Kurdis, Turki, Sharkasi dan Yunan. Dia

dibesarkan dalam kehidupan mewah dan selesa

kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengan

keluarga al-Khudiwiy Isma‘il dan keturunan al-

Khudiwiy.

UMUM 
TAPAK KAKI RATA

Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung

panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari

jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang

lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk

menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang

percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh

menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan

ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak

kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana

tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun,

keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa

kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan

dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung

lengkung tapak kaki.

UMUM 
MUKMIN

Mukmin, orang yang percaya dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia berasal daripada perkataan Arab amana yang bererti selamat, selesa, percaya.

AGAMAKonsep
TARAF HIDUP

Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf

ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu,

keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur

melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang

dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga

atau negara dalam satu tempoh waktu yang

ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah

berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang

ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna.

Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai

jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk

hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah

mencapai taraf hidup mereka.

UMUM 

Kembali ke atas