Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/bahasa-lainMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Bahasa LainBahasa Lain bahasa lain Kemudahan Penterjemahan Web Sebagai usaha Kementerian Luar Negeri dalam menyediakan kemudahan navigasi yang baik dan mesra pengguna, laman web ini turut mengambilkira keperluan mereka yang lebih selesa untuk melayari laman web ini dalam bahasa-bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, laman web ini menyediakan pautan kepada enjin penterjemahan web yang menterjemahkan secara automatik Highlighter.aspx?DocId=20&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=165+

Kembali ke atas