Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
easebasi serata; basi selesa;; longgaran (PEM.MAN)KesenianTiada1. Basi serata: Meratakan basi selesa pada lengan padanan rata pada keruk lengan.,2. Basi selesa: Ukuran tambahan yang dimasukkan pada ukuran badan semasa merangka pola untuk keselesaan pinggang, dan pinggul.
most comfortable loudnesslantang paling selesaSains KesihatanTiadaJulat keamatan bunyi, biasanya bunyi vokal, yang selesa didengar oleh seseorang pendengar.
comfort zonezon selesaSainsHidrometeorologiJulat suhu berkesan yang membolehkan kebanyakan orang bekerja dengan kecekapan yang maksimum. Bagi seseorang yang mencapai kesesuaian iklim, zon selesa dianggap antara 19o dan 24oC (66o � 76oF) dengan optimum 21o (69oF).
aversive stimulirangsangan aversifPendidikanTiadaKejadian atau rangsangan yang dielakkan oleh seseorang pelajar kerana tidak selesa akibat perbuatan atau rangsangan yang kurang menyenangkan. Contohnya, pelajar yang menjalankan sesuatu projek yang berat akan menyebabkan pelajar berkenaan kurang selesa dan akhirnya cuba mengelak daripada meneruskan kerja tersebut.
behaglich (G)selesaKesenianTiadaPersembahan yang menyenangkan.
comfort chartcarta selesaGeografiTiadaTiada
comfort indexindeks selesaGeografiTiadaTiada
comfort zonezon selesaGeografiTiadaTiada
comfort curvekeluk selesaGeografiTiadaTiada
comfort zonezon selesaGeologiTiadaIstilah bioklimatologi menghalkan julat suhu dan kelembapan dalam mana manusia merasai keselesaan.
12345678910

Kembali ke atas