Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.sai] | سلساي

Definisi : 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.le.sai] | سلساي

Definisi : 1 sudah dikerjakan; sudah jadi (bkn sesuatu yg dibuat): Pembinaan masjid itu memakan masa setahun baru ~. 2 sudah habis; tidak berbaki atau tidak berlebih lagi: Segala hutangnya di kedai itu telah ~. 3 sudah mencapai persetujuan (bkn sesuatu perbincangan, mesyuarat dll): Perbicaraan ttg pembunuhan itu masih belum ~. menyelesaikan 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. penyelesaian 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuh­kan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Puisi
 

Angin bertiup bercampur embun,
     Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
     Sudah mati selesai kapan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pendingadj 1. waiting to be decided, settled, belum selesai: the amendments to the constitution are ~, kerja membuat pindaan pd perlembagaan tersebut masih belum selesai; the case is still ~, kes itu masih belum selesai; 2. about to happen, imminent, akan + approp v tdk lama lagi: a collapse in the economy is ~, kejatuhan ekonomi akan berlaku tdk lama lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
completionn 1. act of finishing, penyiapan, menyiapkan, menyelesaikan, siap, selesai: the ~ of the essay is his first consideration, pertimbangannya yg pertama adalah utk menyiapkan esei itu; on ~, apabila [n] /siap, selesai/: payment will be made on ~ of contract, bayaran akan dibuat apabila kontrak itu selesai; 2. state of being finished, siap, selesai: the highway is near ~, lebuh raya itu hampir siap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finish2. reach the end (of doing st) selesai; (colloq) habis: I thought he’d never ~, saya sangka dia tdk akan selesai; 3. conclude, a. (by doing st), /mengakhiri, menyudahi, menamatkan, menghabisi/ + approp n: she ~ed by announcing one day’s holiday for the schoolchildren, dia mengakhiri ucapannya dgn mengumumkan cuti satu hari utk murid-murid sekolah; b. (what one is saying), /habis, selesai/ (approp v): wait until the speaker has ~ed before asking questions, tunggu sehingga pemidato itu habis berucap sebelum mengemukakan soalan; 4.a. reach the finishing line, menamatkan perlumbaan: three of the horses did not ~, tiga drpd kuda itu tdk menamatkan perlumbaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
throttleall the way ~, sampai /selesai, tamat, habis/: we saw the play all the way ~, kami menonton drama itu sampai selesai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
peterb. (conversation, meeting, etc) tamat, selesai: the discussion ~ed out after an hour, perbincangan itu selesai selepas satu jam; c. diminish in amount, /beransur, semakin/ habis: the supplies ~ed out, and the soldiers had to live off the land, bekalan beransur habis, jadi askar itu terpaksa makan apa saja yg ada di hutan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doneadj 1. completed, finished, (sudah) selesai: my work is ~, kerja saya sudah selesai; 2. cooked, sudah masak; ~ to a turn, well ~, cukup masak; 3. socially acceptable, sopan, beradab: it’s not ~ to gulp down your drink, adalah tdk beradab utk menggogok minuman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finishedadj 1. having completed st, selesai, habis: what time will you be ~?, pukul berapakah kamu selesai?; Hamid thought he’d paid all his tax arrears but he discovered that Inland Revenue wasn’t ~ with him yet, Hamid menyangka dia sudah melangsaikan tunggakan cukainya tetapi dia mendapati pihak Hasil Dalam Negeri belum habis dengannya lagi; 2. no longer interested, tdk /ingin, mahu/ lagi: I’m ~ with teaching English, saya tdk ingin lagi menjadi guru bahasa Inggeris;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quitscall it ~, kira selesai: if he pays back half of what he owes me I’ll call it ~, jika dia membayar balik separuh drpd hutangnya, saya boleh kira selesai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
straight11. (colloq) no longer owing, kira selesai: this time I’ll treat you to dinner then we will be ~, kali ini saya belanja kamu makan, kemudian kira selesai; 12. direct, blunt, terus-terang: I want a ~ answer to this question, saya mahu jawapan yg terus-terang bagi soalan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
play~ out, a.(of game, show) continue to the end, terus dimainkan hingga selesai: the cricket game was ~ed out despite the rain, permainan kriket itu terus dimainkan hingga selesai walaupun hujan; b. (of event in o’s life) perform, enact, berlangsung, berjalan: the tussle for the post was ~ed out with much animosity and ill-feeling, perebutan utk menyandang jawatan itu telah berlangsung dgn penuh rasa dendam dan rasa benci; c. let rope, cable, etc be lengthened, melepaskan: he ~ed out the kite string a little at a time, dia melepaskan tali layang-layang itu sedikit demi sedikit; ~ out time, (in sport) melengah-lengahkah /waktu, masa/: the batsman ~ed out time, pemukul itu melengah-lengahkan masa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas