Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lia] | سليا

Definisi : elok, bersih dan bagus, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lia] | سليا

Definisi : ; menyelia melihat, mengawas: dia berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dlm ~ penyelenggaraan dan membaiki kereta-kereta yg berat; seliaan hasil atau tindakan menyelia: me­mang menjadi tanggungjawab usahawan utk memastikan inventori dikawal melalui ~ yg rapi; penyeliaan perbuatan menyelia, pengawas­an: Marie telah belajar di bawah ~ Pierre; penyelia orang yg menyelia, pengawas: ~ Kelas Dewasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lia] | سليا

Definisi : ; menyelia melihat-lihat dan me­ngawal sesuatu keadaan dsb; mengawasi. seliaan usaha atau tindakan menyelia: ~ yg rapi dpt meningkatkan prestasi pekerja. penyeliaan perbuatan atau hal menyelia; pengawasan. penyelia orang yg menyelia; pengawas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selia (adjektif,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan elok, bersih, bagus, rapi, kemas, tersusun, teratur, beres, majlis, apik, apas, tertib, siaga;,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
regulatory managementmanajemen pengaturanpengurusan kawal-atur/kawal seliapengurusan kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory inflationinflasi pengaturaninflasi kawal-atur/kawal seliainflasi kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory bodybadan pengaturan/kepatuhanbadan peraturan/kawal seliabadan kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory policykebijakan pengaturandasar kawal-atur/kawal seliadasar kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory compliancepemenuhan pengaturan/kepatuhankepatuhan kawal-atur/kawal seliakepatuhan kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory commissionkomisi pengaturan/kepatuhansuruhanjaya kawal-atur/kawal seliasuruhanjaya kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory budgetanggaran pengaturan/kepatuhanbelanjawan kawal-atur/kawal seliabelanjawan kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory functionfungsi regulatori/ fungsi pengaturanfungsi kawal-atur/kawal seliafungsi kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory costongkos/biaya pengaturan/kepatuhankos kawal-atur/kawal seliakos kawal-atur/kawal seliaSains Politik
regulatory frameworkkerangka pengaturan/kepatuhanrangka kerja peraturan/kawal seliarangka kerja kawal-atur/kawal seliaSains Politik
12

Kembali ke atas