Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lia.an] | سلياءن

Definisi : hasil atau tindakan menyelia: me­mang menjadi tanggungjawab usahawan utk memastikan inventori dikawal melalui ~ yg rapi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lia.an] | سلياءن

Definisi : usaha atau tindakan menyelia: ~ yg rapi dpt meningkatkan prestasi pekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seliaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/puan, Saya Rita Ridzuan, pelajar siswazah dari USIM, ingin bertanya mengenai manuskrip melayu yang dibawah seliaan pihak DBP. Mengikut carian saya di mymanuskrip, Kitab Ilmu Perubatan MS 33 oleh Muhammad Salleh bin Ahmad Panjang di bawah seliaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah digital dan diletak di mymanuskrip. Pertanyaan saya, 1. Adakah manuskrip ini terdapat dalam bentuk fizikal dan boleh diakses untuk pengkaji membuat kajian? 2. Selain di laman sesawang mymanuskrip, di mana lagi saya boleh akses Kitab Ilmu Perubatan MS 33 ini? Disebabkan bila saya nak akses lagi sekali di laman mymanuskrip, tak dapat. 3. Saya ingin kepastian, adakah manuskrip MS 33 ini merupakan salinan tunggal yang ada di DBP? 4. Ada tak nombor atau email staff DBP yang selia bahagian manuskrip melayu yang boleh saya hubungi terus jika ada persoalan. Segala kerjasama dan bantuan dari pihak tuan/puan,saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Salam sejahtera,

Maklumat Pegawai berkaitan Manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka

Bersama-sama ini dilampirkan maklumat pegawai DBP yang menguruskan manuskrip DBP:

Nama: Encik Mohd Hapizan bin Abdullah,
Bahagian: Pusat Dokumentasi Melayu,
Telefon: 03-2147 9662
E-mel: mohdhapizan@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain30.08.2021
Adakah penggunaan kata sendi "di" bagi ayat berikut betul? 1. pegawai yang boleh dihubungi berkaitan perkara di atas adalah.... 2. ...memanjangkan perkara tersebut kepada semua kakitangan di bawah seliaan tuanSalam sejahtera,

Penggunaan kata "di" bagi contoh ayat satu dan dua adalah tepat.

Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa04.03.2020
Saya ingin tahu "di bawah" boleh digunakan dalam tajuk seperti berikut: Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Penyelia Terima kasih.Kami mencadangkan ayat tersebut diubah menjadi "Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Seliaan...", frasa di bawah boleh digunakan dalam konteks tempat yang abstrak.Tatabahasa13.11.2014
Saya mohon penjelasa untuk maksud perkataan di bawah dalam Bahasa Melayu 1.Chief Regulatory Officer 2.Supervision Apakah maksud perkataan yang paling sesuai untuk Regulatory. Terima KasihPadanan yang dicadangkan untuk Chief Regulatory Officer ialah Ketua Pegawai Pengawal Seliaan.
Maksud "supervision" ialah penyeliaan/pengawasan
Makna23.02.2017
(1) Sabah Negeri di Bawah Bayu atau Sabah Negeri Bawah Bayu? (2) Di bawah penyeliaan saya atau bawah penyeliaan saya? Terima kasih.1. Berdasarkan carian kami di laman web kerjaan negeri Sabah, penggunaan yang betul ialah Sabah Negeri di Bawah Bayu, lihat http://sabah.gov.my/about.asp.
2. Frasa yang betul ialah ialah "bawah seliaan saya" kerana tidak ruang yang jelas yang boleh dilihat secara fizikal.
Lain-lain02.01.2013

Kembali ke atas