Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lia.an] | سلياءن

Definisi : hasil atau tindakan menyelia: me­mang menjadi tanggungjawab usahawan utk memastikan inventori dikawal melalui ~ yg rapi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lia.an] | سلياءن

Definisi : usaha atau tindakan menyelia: ~ yg rapi dpt meningkatkan prestasi pekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seliaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharmacy only medicinesubat seliaan farmasiSains KesihatanTiadaUbat yang dikelaskan sebagai racun berjadual dan boleh dibekalkan atau dijual tanpa preskripsi tetapi dengan seliaan daripada ahli farmasi.
supervisory beliefkepercayaan seliaanUmumTiadaPerihal yakin pada kebolehan seseorang untuk memantau sikap, prestasi dan kebolehan orang bawahan.
supervisory jurisdictionbidang kuasa seliaanUndang-undangTiadaKuasa mahkamah untuk mengawasi tindakan mahkamah yang lebih rendah bagi memastikan bahawa tindakan mahkamah yang lebih rendah itu tidak terkeluar daripada bidang kuasanya.
self-administrationswapengambilanSains KesihatanTiadaPenggunaan ubat yang dilakukan sendiri oleh pesakit tanpa seliaan ahli professional kesihatan.
over-the-counter drugubat kaunter terbukaSains KesihatanTiadaUbat yang boleh diperoleh tanpa preskripsi atau seliaan daripada ahli farmasi.
pharmacy medicinesubat farmasiSains KesihatanTiadaUbat yang dikelaskan sebagai racun berjadual dan boleh dibekalkan atau dijual tanpa preskripsi atau seliaan daripada ahli farmasi.
safety barriersawar keselamatanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHalangan fizikal yang dipasang agar pergerakan operator dan orang awam dapat disekat daripada memasuki kawasan kawalan dan seliaan semasa kerja-kerja radiografi industri dilaksanakan. Halangan ini boleh berbentuk tali atau lapisan plastik nipis yang dibentuk untuk menutup laluan yang berpotensi untuk dicerobohi atau dimasuki oleh manusia.
self-directed learningpembelajaran terarah kendiriTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu proses yang melibatkan pelajar menentukan sendiri keperluan dan objektif pembelajarannya, memilih bahan pembelajaran, menentukan strategi pembelajaran dan menilai pencapaian di bawah seliaan pengajar. Lihat juga andragogi.
majordomomajordomoTeknologi MaklumatPerisianAplikasi pengurusan senarai mel yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Perl dan digunakan bersamaan dengan aplikasi pelayan mel seperti Sendmail. Aplikasi ini membolehkan pengguna melanggan sesebuah senarai mel dengan menghantar mesej yang mengandungi subjek ‘subscribe’ kepada alamat e-mel tersebut. Majordomo memudahkan pentadbir e-mel membuat proses langganan dan seliaan senarai mel secara automatik.
span of controljangkauan kawalanPentadbiranPentadbiran Awam

Autoriti yang diberikan kepada individu yang bergelar ketua, pengurus atau majikan dalam organisasi untuk memantau dan memastikan kakitangan di bawah seliaannya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan sempurna. Contohnya, Ketua Bahagian Akaun mempunyai jangkauan kawalan terhadap pekerja yang berada di Bahagian Akaun dan secara tidak langsung bertanggungjawab memantau dan melatih kakitangan tersebut. Jangkauan kawalan berbeza antara seorang ketua dengan ketua yang lain, walaupun berada di dalam organisasi yang sama kerana ianya bergantung kepada bilangan kakitangan di bawah seliaan masing-masing.


Kembali ke atas