Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.ngan] | سليڠن

Definisi : sesuatu yg menyelingi (menyelang, menyela), sesuatu yg mengantarai: lagu-lagu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.ngan] | سليڠن

Definisi : apa-apa yg digunakan utk menyelingi sesuatu yg berturut-turut: lagu-lagu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seling
Kata Terbitan : berseling, menyelingi, selingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intercroppingpenanaman selingan; tanaman selinganGeografiTiadaTiada
intercroppingpenanaman selingan; tanaman selinganPertanianTiadaTiada
intercroppingpenanaman selingan; tanaman selinganPertanianTiadaTiada
interludeselinganKesusasteraanTiadaPencelahan singkat dalam sesuatu karya atau persembahan. Tujuan selingan adalah untuk meredakan ketegangan penonton. Contohnya, persembahan singkat antara babak sesuatu drama yang ditampilkan, sama ada dalam bentuk farsa, lakon moraliti, atau lakon sejarah. Dalam puisi, pencelahan boleh berlaku antara bahagian, rangkap, atau baris dalam puisi tersebut. Dalam persembahan bangsawan, contoh selingan ialah nyanyian, tarian, muzik dan lawak jenaka.
comic reliefselingan lucuKomunikasiTiadaSelingan yang berbentuk adegan lucu yang diselitkan ketika berlakunya adegan yang tegang. Tujuannya ialah untuk mengendurkan suasana tersebut supaya dapat merehatkan emosi penonton.
interludeselinganKomunikasiTiadaRancangan atau acara pendek yang disiarkan dalam sesuatu rancangan yang berjadual. Antara contoh selingan yang biasa diselitkan ialah siaran muzik, sketsa dan pengumuman khidmat awam.
extra turnselingan tambahanKesenianDrama dan TeaterPersembahan lain seperti tarian, lawak jenaka dan nyanyian untuk mengisi masa sementara pertukaran set pentas dilakukan. Selingan tambahan telah menjadi sebahagian daripada ciri utama dalam persembahan bangsawan.
relief sceneadegan selinganKesenianDrama dan TeaterBahagian dalam drama atau teater yang dipersembahkan untuk memberikan kelegaan emosi kepada penonton terutamanya dalam drama tragedi. Antara jenis adegan selingan yang biasa dipersembahkan ialah aksi nyanyian dan lawak jenaka.
intercroppingtanaman selinganPertanianAgroteknologiTanaman yang ditanam bersama-sama tanaman lain sebagai sampingan. Amalan penananam ini dilakukan dalam satu kawasan secara berselang-seli. Tujuan amalan penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi selain dapat menggunakan kawasan tanah secara optimum. Contoh tanaman selingan di Malaysia ialah penanaman koko bersama-sama kelapa. Kombinasi ini dapat memberikan manfaat kepada koko kerana pokok kelapa dapat memberikan perlindungan kepada koko yang lebih memerlukan keadaan yang bernaung. Contoh lain termasuklah tanaman getah bersama-sama pisang. Tanaman pisang boleh memberikan hasil kepada penanam sementara menunggu getah dapat ditoreh. Tanaman selingan juga dapat mengurangkan risiko perosak dan jangkitan penyakit disebabkan terdapat lebih daripada satu jenis tanaman yang mempunyai musuh-musuh yang berlainan.
hatsiatsidhatsiatsiaMuzikTiada

 Selingan dalam ensembel axatsewu dan akpewu dari Ghana yang dinyanyikan oleh penyanyi solo dan korus. Sementara penarinya pula diiringi loceng atau rattle. Dram tidak digunakan dalam selingan tersebut. Lihat juga axatsewu.

123456

Kembali ke atas