Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.tan] | سليتن

Definisi : sesuatu yg terselit di celah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selit
Kata Terbitan : selit-belit, menyelit, menyelit-nyelit, terselit, selitan, penyelitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insertselitanKomunikasiKorporat1. Kertas maklumat pengiklanan atau pemberitahuan yang disisipkan bersama maklumat lain yang diedarkan kepada khalayak. Selitan boleh dimasukkan di halaman akhbar, majalah, atau di dalam selongsong. Tujuannya adalah untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan, serta memperkenalkan sesebuah organisasi atau acara. 2 Maklumat pengiklanan, pengumuman khidmat awam, dan promosi rancangan yang disisipkan antara rancangan yang disiarkan di televisyen. Maklumat ini biasanya ringkas dan mempunyai daya tarikan segera untuk mendapatkan perhatian khalayak. Sinonim sisipan.
border faciesfasies sempadanGeologiTiadaBahagian pinggir suatu rejahan igneus yang berbeza tekstur dan komposisinya daripada jasad utama rejahan disebabkan oleh asimilasi bahan daripada batuan selitan atau penyejukan bahan daripada batuan selitan tersebut pada kadar yang lebih cepat.
station breakhentian stesenKomunikasiTiadaPenetapan jumlah masa yang ditentukan oleh sesebuah stesen untuk menghentikan seketika rancangan yang disiarkan bagi menyiarkan selitan seperti iklan, pengumuman khidmat awam atau pengenalan stesen. Tempoh hentian ini bergantung kepada jumlah selitan yang perlu disiarkan. Bagi stesen yang terkenal, tempoh hentian lebih panjang kerana ramai pengiklan ingin membeli masa hentian tersebut untuk menyiarkan iklan mereka. Bagi stesen yang kurang terkenal, tempoh masa hentian ini adalah terhad. Oleh itu, perjalanan siaran tidak kerap terganggu.
insertionselitan/sisipanFizikTiadaTiada
epentheticselitanLinguistikTiadaTiada
insertionselitan/sisipanPerubatanTiada1. Tempat peletakan otot kepada tulang, yang membolehkannya bergerak.,2. Perbuatan meletakkan sesuatu ke dalam tisu.
insertionselitan/sisipanKejuruteraanTiadaTiada
flagellar insertionselitan flagelumGeologiTiadaTiada
film insertselitan filemKomunikasiTiadaTiada
commercial breakselitan iklanKomunikasiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas