Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.luar] | سلوار

Definisi : sj pakaian, celana; ~ dalam = ~ katuk seluar yg dipakai yg ter-hampir sekali dgn bahagian kulit; ~ lemang seluar yg kecil kaki-nya; ~ panjang seluar yg panjang kakinya; ~ pendek (pandak, sampak) seluar yg pendek kakinya; berseluar memakai seluar: ia ~ panjang warna kuning. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.luar] | سلوار

Definisi : pakaian berkaki yg dipakai dr pinggang ke bawah (ada yg panjang dan ada yg pendek); celana. berseluar memakai seluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluar (kata nama)
Bersinonim dengan celana, sarwal, serual, lancingan;,
Kata Terbitan : berseluar,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Bawa pergi sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Bagai budak tidak semangat.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bagi tujuan 'alter' seluar, apakah perkataan BM yang sesuai untuk digunakan? Mengubah seluar, membaiki seluar atau mengubah suai seluar? Sy kerap lihat pada papan tanda atau 'banner' kedai yg menulis "membaiki seluar jeans". Bagi saya ianya tidak sesuai. Mohon pencerahan tuan. Terima kasih.Salam sejahtera,

Padanan "alter" ialah mengubah suai seluar.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan05.04.2019
1) di kalangan adik-beradik atau di kalangan adik. 2) sepasang seluar atau sehelai seluar.

1. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat.     Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, frasa yang betul ialah dalam kalangan adik-beradik

2. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, sepasang bermaksud satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap dan sehelai bermaksud satu helai. oleh itu, jawapan yang betul ialah sehelai seluar.
Tatabahasa20.03.2011
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar.

2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . 

Tatabahasa28.06.2010
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH.

Saudari/Saudara,

1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi.

2. Ayat tepat

3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis)

Tatabahasa05.09.2012
Apakah penjodoh bilangan bagi baju dan seluar.Adakah boleh digunakan sepasang jika baju sahaja atau pun jika terdapat seluar dan baju baru boleh digunakan sepasang.Bagaimana pula dengan baju T. Sekian, terima kasihJika seluar atau baju sahaja penjodoh bilangan yang digunakan ialah sehelai dan jika berpasangan/ melengkapi satu sama lain baharulah digunakan sepasang seperti sepasang baju Melayu dan sepasang stoking.Tatabahasa28.05.2012
'Bahagian atas seluar itu telah koyak.' Adakah ayat ini betul?

Saudara,

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa20.10.2009
Frasa 'seluar dalam' itu adalah kata majmuk atau frasa nama(inti + penerang)Seluar dalam ialah frasa nama.Tatabahasa01.04.2013
Soalan saya ialah penjodoh bilangan yang sesuai bagi a. seluar (sehelai atau sepasang) b. kereta mainan (sebuah atau sebiji)Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sehelai seluar dan sebuah kereta mainan.Tatabahasa09.09.2011
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "posing trunks", iaitu sejenis seluar yang dipakai oleh ahli bina badan semasa pertandingan bina badan?Dicadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan ialah seluar sukan bina badan.  Istilah26.04.2008
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang terjemahan perkataan bahasa inggeris. Perkataan yang memusykilkan saya ialah cargo shorts iaitu sejenis seluar. Apakah terjemahan ke bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan tersebut.

Padanan bahasa Melayu untuk "cargo shorts" ialah seluar pendek multipoket.

Makna21.08.2021
123

Kembali ke atas