Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.luar] | سلوار

Definisi : sj pakaian, celana; ~ dalam = ~ katuk seluar yg dipakai yg ter-hampir sekali dgn bahagian kulit; ~ lemang seluar yg kecil kaki-nya; ~ panjang seluar yg panjang kakinya; ~ pendek (pandak, sampak) seluar yg pendek kakinya; berseluar memakai seluar: ia ~ panjang warna kuning. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.luar] | سلوار

Definisi : pakaian berkaki yg dipakai dr pinggang ke bawah (ada yg panjang dan ada yg pendek); celana. berseluar memakai seluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluar (kata nama)
Bersinonim dengan celana, sarwal, serual, lancingan;,
Kata Terbitan : berseluar,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Bawa pergi sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Bagai budak tidak semangat.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Seluar genggang baju genggang, Pakai anak raja seberang; Biarlah baik mencampak lenggang, Kita berdagang di tempat orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Baju putih seluar putih, Bawa pergi sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Bagai budak tidak semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Tengah membasuh sabunnya hilang; Aku kasih ia pun kasih, Tengah berkasih ianya melayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu membeli tali seluar, Banyak mulut turut mengusut; Baru berdiri kaki gementar, Hendak duduk buntut berbisul.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apabila suka mencangkung, Cepatlah koyak seluar; Apabila suka menyombong, Cepatlah nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang baju di atas, Yang seluar di bawah; Yang mahu di atas, Yang keluar di bawah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Duduk berniaga dalam pekan, Pakai seluar warna biru; Jangan jadi bunga di hutan, Nampak merah cium tak bau.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123

Kembali ke atas