Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : paling luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seluas-luasnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAMAN DAN DIU

Daman dan Diu (pend. 101 439) ialah dua daerah

yang membentuk salah sebuah Wilayah Kesatuan

India. Jarak di antara dua daerah ini ialah 792

kilometer. Daman (luasnya 74 kilometer persegi)

terletak di pantai Gujarat. Diu pula ialah sebuah

pulau seluas 38 kilometer persegi yang terletak di

sebelah selatan pantai Semenanjung Kathiawar di

Teluk Cambay (atau Khambhat). Daman ialah ibu

negeri wilayah ini.

UMUM 
PULAU WAKE

Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di

bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini

merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal

dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan

Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri

daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake,

Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi

kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer

persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang

300 orang. Dengan batu karang yang melengkung,

pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang

tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake

terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu

dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo.

Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh-

tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok-

pokok renek dan belukar.

UMUM 

Kembali ke atas