Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelopak atau pembalut mayang (pd kelapa, pinang, dll); 2. = sampan ~ sj sampan (perahu) yg berbentuk spt seludang; (spt) ~ menolakkan mayang prb menyom­bongkan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seludang I

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mayang menolak seludang.

Bermaksud :

Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bundle sheathBerkas seludangPertanianAgronomi

Lapisan sel yang mengelilingi saluran xilem dan floem yang melindungi tisu tersebut daripada kecederaan. Sel berkas seludang disusun padat dan mengandungi fiber yang memberi kekuatan kepada tisu xilem dan floem. Di sesetengah tumbuhan berkas seludang dalam daun terdiri dari sel parenkima yang berfungsi membawa glukos dari sel sekeliling dan mengangkutnya ke floem.

cuplengkung seludangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPenggeledingan kayu berbentuk seludang yang berlaku merentasi lebarnya. Keadaan ini lebih mudah berlaku semasa mengeringkan kayu yang dipotong rentang.
spadixseludangPertanianTiadaTiada
spatheseludangPertanianTiadaTiada
spadixseludangBiologiUmumTiada
spatheseludangBiologiUmumTiada
warpmenggeledingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeadaan kayu gergaji dan hasil kayu lain yang membengkok dan yang satah permukaannya menyimpang daripada satah asalnya. Keadaan ini terjadi semasa pengeringan kayu akibat kadar kecutan dan tegasan permukaan yang berbeza. Pengeledingan kayu termasuk lengkung seludang, lengkung sabut, piuh, genjangan, keadaaan berkerut atau gabungan cacat-cacat di atas.

Kembali ke atas