Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
popular electionpilihan raya awamSejarahTiadaPilihan raya umum yang melibatkan seluruh rakyat tanpa mengira pangkat atau keturunan yang berhak mengundi menentukan bentuk pemerintahan yang dipilih.
whole-of-society effortusaha menyeluruh masyarakatUmumTiadaUsaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan barisan hadapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu memutuskan rantaian COVID-19.
community libraryperpustakaan rakyatPerpustakaanTiadaPerpustakaan cawangan yang mungkin juga memberi perkhidmatan pusat atau bergerak yang berfungsi memberi nasihat dan maklumat tempatan kepada seluruh komuniti dan juga menawarkan stok buku kepada pembaca-pembaca.
tambourinetamburinMuzikTiada

Alat muzik tradisional dan moden yang diklasinkasikan se­bagai membranofon jenis dram, dan idiofon jenis yang digoncang. Tamburin dimainkan dalam tradisi muzik klasik dan tradisi muzik rakyat di seluruh dunia. Baluhnya mem­punyai bingkai sempit dan diperbuat daripada kayu dengan beberapa piring logam kecil yang disisipkan antara bahagian bingkai tersebut. Terdapat dua jenis tamburin, iaitu (i) jenis dram membranofon yang mempunyai satu muka kulit. Muka kulit dipasang pada bingkai dengan paku logam. Tamburin dipegang secara menegak dengan sebelah tangan dan bing­kai atau muka kulitnya dipukul dengan tangan. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila dipukul. (ii) jenis idiofon yang digoncang. Tamburin ini berbingkai sempit dan piring logam dipasang pada bingkai tersebut. Alat muzik ini dipegang dengan tangan dan digoncang untuk menghasilkan bunyi. Kedua-dua jenis tamburin ini menghasilkan rentak dalam muzik.

tabltablMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Badannya diperbuat daripada kayu dan berbentuk silinder. Tabl mempunyai dua muka kulit yang dipukul dengan pemukul kayu. Alat muzik yang terdapat di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara ini menghasilkan rentak dalam muzik rakyat dan klasik. Tabl juga dikenali sebagai tebl.

sulingsulingMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Suling biasanya diperbuat daripada buluh dan mem­punyai beberapa lubang jari. Alat muzik ini terdapat di seluruh Asia Tenggara dan dimainkan dalam tradisi muzik rakyat. Suling terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis, iaitu (i) flut yang ditiup pada sisi melalui udara daripada mulut. Suling ini dikenali juga sebagai seruling oleh berbagai-bagai kaum di Sarawak. Dalam kalangan suku kaum Jah Hut di Semenanjung Malaysia, suling ini dikenali sebagai siloy dan begut, (ii) flut yang ditiup pada pangkal melalui udara daripada mulut. Dalam kalangan kaum Kadazandusun dari Tambunan, suling ini dikenali sebagai turali. Di Semenanjung Malay­sia kebanyakan alat flut dikenali sebagai suling yang ditiup pada pangkalnya. Suling tersebut merupakan flut jenis wisel atau rekorder, (iii) flut yang ditiup pada pangkalnya melalui udara daripada hidung. Flut hidung ini dikenali sebagai turali di seluruh daerah Dusun di Sabah, sementara dalam kalangan kaum Kadazan di Tambunan, alat muzik ini dikenali sebagai turahi. Kaum Kadazan di Penampang, Sabah pula menama-kan flut hidung sebagai tuahi. Rut hidung iiu" dikenali sebagai selengut atau selingut oleh Orang Ulu di Sarawak, dan pensol oleh suku kaum Temiar di Semenanjung Malaysia. Alat muzik ini menghasilkan melodi sebagai hiburan. Sinonim kesuling, sending. Lihat juga nabat, siloy, begut, selengut, turali.

symbolizationpensimbolanSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu keadaan yang memperlihatkan tindakan penggunaan simbol oleh sesuatu badan, kelompok atau individu. Lambang digunakan sepenuhnya untuk menyatakan hasrat atau latar belakang perjuangan supaya lebih mudah dikenali kelak. Dengan meletakkan suatu simbol seperti gambar, tulisan, logo, bentuk, warna pakaian, lukisan atau ritual, sesuatu pihak itu akan lebih mudah dikenali tanpa mengira perjuangannya bersifat baik atau buruk. Contohnya, bendera bagi setiap negara merupakan simbol semangat nasionalisme bagi setiap rakyat, pakaian berjubah putih dengan menutup seluruh kepala pula merupakan pakaian kelompok Ku Klux Klan yang melambangkan kebencian mereka kepada orang bukan kulit putih. Sinonim perlambangan.
chirographic culturebudaya kirografikKesusasteraanTiadaBudaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat.
cymbalsimbalMuzikTiada

Alat muzik tradisional dan moden yang diklasifikasikan se­bagai idiofon yang dipukul serentak. Simbal diperbuat daripada tembaga dan berbentuk piling. Alat muzik ini terdapat dalam pelbagai saiz. Sepasang simbal biasanya dipegang secara menegak dan dipukul serentak untuk menghasilkan rentak tertentu. Simbal terdapat di seluruh dunia dan dimainkan dalam tradisi muzik klasik dan rakyat. Lihat juga kesi, bo, ching.

fairy talecerita pari-pariKesusasteraanTiadaCerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti.

Kembali ke atas