Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.cam] | سماچم

Definisi : 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.cam] | سماچم

Definisi : 1 satu macam saja; sejenis. 2 = macam tidak ubahnya spt; sebagai: Saya tidak pernah berjumpa orang ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semacam

Puisi
 

Petang hari menahan bubu,
     Bubu ditahan olak mengkalang;
Diri umpama semacam tebu,
     Habis manis sepah dibuang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung.
Kurik Kundi Merah SagaPetang hari menahan bubu, Bubu ditahan olak mengkalang; Diri umpama semacam tebu, Habis manis sepah dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa di tepi paya, Makan pagi mengulam rumput; Tidak orang semacam saya, Tahan hati mengulam perut.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan di laman tangga, Sarang pipit di dalam padi; Tiada orang semacam saya, Menaruh kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pekan ke Kota Satu, Singgah menanak sederaman minyak; Tubuh hitam semacam itu, Kampung kami terlampau banyak.
Kurik Kundi Merah SagaPada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang.
Kurik Kundi Merah SagaRaden Galuh emas juwita, Bawa beliti batu sinalung; Di dalam hati sangat bercinta, Semacam burung lama bertenung.
Kurik Kundi Merah SagaRisik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga kelapa bali, Papan di Jawa saya tarikkan; Dua tiga boleh dicari, Tidak sama semacam tuan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik si itik Tawi, Marilah mandi di dalam pedena; Kalaulah adik Sitalah Dewi, Abanglah semacam Serilah Rama.
12

Kembali ke atas