Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.cam] | سماچم

Definisi : 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.cam] | سماچم

Definisi : 1 satu macam saja; sejenis. 2 = macam tidak ubahnya spt; sebagai: Saya tidak pernah berjumpa orang ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semacam

Puisi
 

Petang hari menahan bubu,
     Bubu ditahan olak mengkalang;
Diri umpama semacam tebu,
     Habis manis sepah dibuang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bunyi semacam kumbang menyeri bunga.Bunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kena sentung pelali.Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sealak-alak beras akan penyaram.Anggaran belanja yang secukup-cukupnya. sealak-alak = secukupnya; penyaram = semacam kuih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas