Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ma.for] | سيمافور

Definisi : (sémafor) 1. sistem memberi isyarat dgn menggunakan tangan, memegang dua bendera yg digerak-gerakkan dsb dlm keduduk-an tertentu utk melambangkan huruf yg berlainan dlm abjad; 2. alat dgn lampu merah dan hijau yg digunakan utk memberi isyarat di landasan keretapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semafor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMAFOR

Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan

menggunakan sasaran atau bendera. Setiap

kedudukan sasaran mempunyai makna yang

dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu

set arahan bendera yang standard boleh mengeja

abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam

rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia ,

seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan

untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka

dieja, tetapi beberapa arahan merupakan

perkataan, seperti “kesilapan”, atau frasa. Terdapat

juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G.

Bendera Semafor digunakan oleh anggota

angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh

dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan

seminit.

Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik).

UMUM 

Kembali ke atas