Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benih tumbuhan (yg telah bercambah) yg akan ditanam di tempat lain: aku mencabut ~ dan ayah membajak di sawah; menyemai menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (yg akan dipindahkan ke tempat lain): dialah yg ~, membuang rumput, dan menuai; menyemaikan 1. menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (dan akan dialih ke tempat lain): semaikan beberapa biji kacang buncis dlm sebuah pasu tanah; 2. ki memupukkan, menyebarkan: ~ semangat kebangsaan pd tiap-tiap warganegara; tersemai 1. telah disemai(kan); 2. ki telah merebak atau tersebar (sesuatu ideologi dll); semaian 1. sesuatu yg disemai, semai; 2. = persemaian, pesemaian tempat menye­mai(kan): tapak ~; penyemaian perbuatan dsb menyemai(kan): ~ tisu; perkembangan moral yg berupa ~ nilai-nilai akhlak yg diperlukan; penyemai 1. orang yg menyemai (benih dsb) atau menyemaikan (rasa, semangat dsb): orang tua sbg ~ rasa akrab antara keluarga ber-lainan bangsa; 2. alat utk menyemai: mesin ~ padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
semai (kata nama)
Bersinonim dengan benih, semar, ipukan, redih;,
Kata Terbitan : menyemai, tersemai, semaian, persemaian, penyemaian,

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sewang (Semai Ethnic)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Bahasa Semai tahun 1 BADewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-1079-2
Bahasa semai tahun 1 BTDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-1078-5
Bahasa Semai Tingkatan 1Dewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-1122-5
The semaiHolt, Rinehart and Winston, Inc.Tiada1962 
Sewang : Semai EthnicJabatan Muzium dan AntikuitiTiada2002 
Sewang (semai ethnic) (english version)Jabatan Muzium dan AntikuitiTiada  
Orang asli-SemaiDewan Bahasa dan PustakaTiada1980 
Korek dan semai!Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20059836281118
Korek dan semai!: bagaimanakah tumbuhan membesar? Tiada2005983-62-8111-8
12

Kembali ke atas