Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benih tumbuhan (yg telah bercambah) yg akan ditanam di tempat lain: aku mencabut ~ dan ayah membajak di sawah; menyemai menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (yg akan dipindahkan ke tempat lain): dialah yg ~, membuang rumput, dan menuai; menyemaikan 1. menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (dan akan dialih ke tempat lain): semaikan beberapa biji kacang buncis dlm sebuah pasu tanah; 2. ki memupukkan, menyebarkan: ~ semangat kebangsaan pd tiap-tiap warganegara; tersemai 1. telah disemai(kan); 2. ki telah merebak atau tersebar (sesuatu ideologi dll); semaian 1. sesuatu yg disemai, semai; 2. = persemaian, pesemaian tempat menye­mai(kan): tapak ~; penyemaian perbuatan dsb menyemai(kan): ~ tisu; perkembangan moral yg berupa ~ nilai-nilai akhlak yg diperlukan; penyemai 1. orang yg menyemai (benih dsb) atau menyemaikan (rasa, semangat dsb): orang tua sbg ~ rasa akrab antara keluarga ber-lainan bangsa; 2. alat utk menyemai: mesin ~ padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
semai (kata nama)
Bersinonim dengan benih, semar, ipukan, redih;,
Kata Terbitan : menyemai, tersemai, semaian, persemaian, penyemaian,

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMAI

SEMAI, suku kaum Orang Asli yang terdapat di Perak, Pahang dan Selangor.  Istilah Semai berasal daripada perkataan bahasa orang Temiar iaitu “seman’ yang bermaksud orang di bukit selatan. Terdapat dua kelompok orang Semai iaitu Semai Barat dan Semai Timur. Di barat, majoriti orang Semai mendiami rumah-rumah yang berasingan berasaskan konsep keluarga nuklear.  Manakala di timur, orang Semai masih tinggal di rumah-rumah panjang dan mempunyai keluarga besar.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ADAT PERKAHWINAN SEMAI

ADAT PERKAHWINAN SEMAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semai di Semenanjung Malaysia. Adat perkahwinan Semai berbeza-beza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain terutama dari segi perlaksanaannya. Namun begitu dari segi peraturan mereka berpegang kepada hukum yang sama.

BUDAYAKonsep
JULI EDO

JULI EDO,  (1959 -   ) ahli akademik daripada keturunan kaum Semai. Dia lahir pada 29 April 1959 di Kampung Cangkat Kereta, sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak berhampiran Ladang Ulu Bernam, Hutan Melintang Perak.  Bapa Juli bernama Edo a/l Ah Hei ialah anak jati Kampung Cangkat Kereta.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SENOI

SENOI,  kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia.  Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud  orang atau manusia.  Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.  Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai.  Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya.  Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas