Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.kin] | سماکين

Definisi : ® makin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.kin] | سماکين

Definisi : menjadi lebih, kian ber­tambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semakin

Puisi
 

Beli atap bawa balik,
     Ambil timba menuju perigi;
Semakin ditatap semakin molek,
     Termenung hamba menggigit jari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Bagai getah dibawa ke semak.

Bermaksud :

Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dyingnazakPerubatanTiadaPerihal saat akhir hayat seseorang yang ditandai oleh tekanan darah semakin menurun, denyut nadi semakin lemah, dan pernafasan semakin cetek.
period-luminosity relationhubungan kala-luminositiMatematikTiadaHubungan yang diperlihatkan secara graf tentang bagaimana kala perubahan cahaya bagi bintang berubah Cephid bergantung pada luminositi minnya. Semakin panjang kalanya semakin besar luminositinya maka semakin besar pula magnitud mutlak min bintang itu.
perspective foreshorteningkedekatan perspektifLandskapTiadaPerubahan saiz objek yang kelihatan semakin kecil apabila kedudukannya semakin jauh daripada pemerhati.
rotating variablebintang ubah putaranMatematikTiadaBintang yang mempunyai kawasan permukaan yang semakin panas atau semakin sejuk, yang secara berkala berputar masuk ke dalam garis penglihatan kita dan menyebabkan kecerahannya berubah sedikit. Banyak antara bintang Me kerdil memperlihatkan kesan ini.
therapeutic indexindeks terapeutikFarmasiFarmaseutik

Nisbah antara dos toksik dengan dos terapeutik. Semakin tinggi indeks terapeutik, semakin tinggi kadar selamat dos terapeutiknya. Dihitung melalui formula yang berikut:

Indeks terapeutik = TD50/ED50

TD50 ialah dos toksik kepada 50% populasi dan ED50 ialah dos minimum efektif kepada 50% populasi.

wind force scaleskala daya anginMeteorologiMeteorologi PerhubunganSkala berangka kelajuan angin yang menunjukkan bahawa semakin besar angkanya semakin kuat anginnya. Lihat skala Beaufort.
progressive taxcukai progresifEkonomiTiadaCukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin tinggi apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Cukai progresif bertujuan supaya beban cukai lebih ditanggungi oleh golongan berpendapatan tinggi. Sinonim cukai pendapatan progresif.
regressive taxcukai regresifEkonomiTiadaCukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin rendah apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Misalnya, golongan berpendapatan rendah membayar cukai jualan pada kadar yang sama seperti golongan berpendapatan tinggi apabila membeli sesuatu barang.
Viking claptepuk VikingSukanTiadaTepuk tangan beramai-ramai secara serentak dengan cara mendepakan tangan seluasnya, kemudian mengangkat kedua tangan di atas kepala, berteriak dan kelajuan tepukannya daripada perlahan menjadi semakin lama semakin pantas. Selalunya tepukan ini dilakukan semasa perlawanan bola sepak untuk memberikan semangat kepada pasukan yang bertanding.
valence bandjalur valensTeknikElektrikAras tenaga sesuatu atom di kawasan yang paling hampir dengan nukleus. Semakin jauh dari nukleus semakin berkurangan aras tenaganya.
12345678910...

Kembali ke atas