Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semakin baik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Sharpe IndexIndeks SharpePentadbiran PerniagaanTiadaUkuran terlaras risiko yang dikemukakan oleh william sharpe untuk mengukur prestasi portfolio. Ia dibentuk dengan premium risiko yang diperoleh dibahagi dengan jumlah risiko. Semakin tinggi nilai indeks ini semakin baik prestasi sesuatu portfolio.
reward-to-variability rationisbah ganjaran-variabilitiPentadbiran PerniagaanTiadaUkuran terlaras risiko yang dikemukakan oleh william sharpe untuk mengukur prestasi portfolio. Ia dibentuk dengan premium risiko yang diperoleh dibahagi dengan jumlah risiko. Semakin tinggi nilai indeks ini semakin baik prestasi sesuatu portfolio.
interpersonal attractiontarikan interpersonalPsikologiPsikologi UmumTarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan tau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan atau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan berdasarkan kepada kedekatan fizikal. Semakin dekat seseorang itu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan individu itu menjadi kawan atau sahabatnya. Semakin kerap seseorang itu bertemu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan untuk membina keakraban. Kini, kekerapan bertemu dan berbicara ditingkatkan oleh teknologi komputer yang menyediakan perkhidmatan e-mel dan ruang sembang. Selain itu, kesan halo juga boleh meningkatkan minat seseorang seperti orang yang cantik biasanya akan dianggap baik, bijak, pandai menyesuaikan diri, mesra, pintar dan sihat mental. Satu lagi ciri yang boleh meningkatkan tarikan interpersonal ialah kesamaan, iaitu dari segi umur, latar belakang, minat, sikap, kepercayaan dan apa-apa sahaja yang boleh mengurangkan perbezaan, maka semakin tinggilah tarikan itu berlaku.
state buildingpembinaan negaraSains PolitikPolitik PerbandinganProses membentuk satu sistem pemerintahan yang lebih baik dan mantap. Proses ini melalui beberapa tahap yang tertentu seperti tahap primitif kepada tahap feudal kemudian beralih ke tahap moden. Pada tahap primitif, pembinaan negara ditentukan oleh kekuatan fizikal iaitu yang kuat akan menguasai yang lemah. Apabila semakin banyak perubahan berlaku, pemerintahan menjadi semakin tersusun seperti bersifat monarki atau dinasti yang berkuasa. Peningkatan dalam kesedaran dan pemikiran rasional dalam masyarakat telah mendorong kepada kemunculan negara moden seperti republik. Sehingga kini, sistem pemerintahan negara terus berkembang dan wujud dalam pelbagai bentuk seperti demokrasi, komunis, monarki moden dan fasis.
carrier to noise rationisbah pembawa-hingarAeroangkasaTiadaNisbah di antara kuasa pembawa dengan kuasa hingar dalam unit dBw. Semakin tinggi nilai nisbah pembawa hingar, penerimaan video yang diterima adalah lebih baik.
job specializationpengkhususan kerjaPengurusanPerancanganSuatu kaedah yang melibatkan penentuan jurusan tumpuan tugasan dan bidang kepakaran bagi sesuatu jawatan dalam organisasi. Pengkhususan kerja membolehkan pekerja menjadi lebih cekap dalam menjalankan tugas kerana skop kerja dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas menjadi lebih tertumpu dan meningkatkan kepakaran. Keberkesanan kaedah ini boleh dicapai apabila tenaga mental dan fizikal dapat ditumpukan dengan lebih baik untuk melaksanakan tugas tersebut. Contohnya, jawatan juruwang di bank yang semakin cekap menjalankan tugas yang melibatkan pengendalian wang kertas sehingga boleh meminimumkan kesilapan pengiraan dan mengenal pasti wang palsu.

Kembali ke atas