Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : ® malam I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah kita menurut adat isti­adat negeri yg kita tumpangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A) Barang itu semalam Ali sudah mengambil.Ali sudah mengambil barang itu semalam.

Ayat songsang:

1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali.
2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu.
Tatabahasa03.11.2015
saya ingin mengetahui ayat songsang yang manakah betul jika ayat susunan biasa ialah: Ayah memancing ikan semalam. A) Memancing ikan semalam ayah. B) Semalam, ayah memancing ikan. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima sekiranya dikemukakan dalam peperiksaaan SPM?Kedua-dua jawapan tersebut adalah betul dan jika hal yang berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk Majlis Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa03.03.2011
SEMALAM 3/9/2014 TELAH HANTAR PERMOHONAN IKLAN,SAMPAI SEKARANG MASIH BELUM DAPAT BALASAN.HARAP ANDA BOLEH BAGI SAYA JAWAPAN.THANKS.Sila hubungi nombor 03-21479692 atau 21479500 dan berikan nombor pendaftaran permohonan tersebut.Lain-lain04.09.2014
Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A)Mengambil barang itu semalam Ali sudah.Ayat songsang yang betul ialah "Sudah mengambil barang itu Ali semalam atau Sudah mengambil barang itu semalam Ali."  Tatabahasa02.11.2015
Bolehkah tuan/puan perincikan maksud "malam semalam" berserta contoh yang jelas? Misalnya, bilakah masanya yang merujuk kepada malam semalam sekiranya hari ini adalah hari Isnin? Ini kerana kata ini banyak digunakan oleh media massa dan saya memerlukan pencerahan DBP sebagai pakar.Semalam sebagai kata nama boleh merujuk kepada malam tadi sebelum tibanya waktu siang (Kamus Dewan Perdana hlmn. 1397). Sekiranya hari ini ialah hari Isnin, semalam ialah malam pada hari Ahad (7.00 malam - 12.00 tengah malam), manakala malam semalam ialah malam pada hari Sabtu (7.00 malam - 12.00 tengah malam). Oleh itu, malam semalam boleh digunakan dalam ayat seperti contoh yang berikut:

Durian yang Pak Lah pungut di dusun malam semalam masih ada lagi. 
Makna29.08.2023
Ayat 1; Kerana kesuntukan masa,mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam mesyuarat semalam. Ayat 2; Kerana kesuntukan masa, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam. Ayat 3; Perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam kerana kesuntukan masa Ayat 4; Semalam, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat kerana kesuntukan masa. Soalan; ayat 2, 3 atau 4 kah yang merupakan ayat pasif bagi ayat 1?Ayat pasif yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "Kerana kesuntukan masa, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam".Tatabahasa11.06.2014
( Mengapakah , Bagaimanakah ) dia tercedera semalam ? Apakah jawapan yang betul ? Boleh berikan sebabnya. Terima kasih.

Mengapakah dia tercedera semalam? Soalan ini bermaksud apakah yang menyebabkan dia tercedera? Bagi soalah "Bagaimanakah dia tercedera semalam? " bermaksud dengan cara apakah dia tercedera? Dalam hal ini kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks yang berbeza.

Tatabahasa02.10.2009
1.Mereka sudah mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul semalam.( aktif) 2.Teknik menjawab soalan dengan betul sudah dipelajari mereka semalam.(pasif) 3.Teknik menjawab soalan sudah dipelajari semalam dengan betul(pasif). ayat pasif no. 3 betulkah? atau ayat no 2 lebih tepat?Ayat no.2 lebih tepat.Tatabahasa04.02.2008
Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih.Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil).  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514.Tatabahasa25.04.2014
Perbezaan semalam dengan kelmarin. Mohon penjelasan. T.kasih

Saudara Zulkifli,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kelmarin bermaksud sehari sebelum hari ini, semalam.

 Perkataan semalam bermaksud 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson;

 Oleh yang demikian, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama.

Makna05.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas