Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.ngat] | سماڠت

Definisi : 1. roh yg terdapat dlm segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu): tepuk bantal panggil ~, ~ datang dlm mimpi; ~ padi semangat yg menye-babkan padi boleh tumbuh dan berbuah dgn bernas; 2. perasaan hati, jiwa: kedua-duanya mempergunakan ~ perkauman utk meme-cahbelahkan rakyat; ~ kesukanan; 3. maksud atau tujuan yg terkandung dlm sesuatu perjanjian (ucapan dll): ~ perjanjian Asean; 4. kemahuan utk melakukan sesuatu, nafsu: ~ bekerja; ~ waja kemahuan yg keras; mempertinggi ~ anjing prb bersusah payah memperbaiki nama yg jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja; bersemangat 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll), mempunyai semangat: ham-pir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu; menyemangati memberi semangat (kpd), membangkitkan semangat (keberanian, ke-mahuan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ngat] | سماڠت

Definisi : 1 roh yg terdapat pd semua makhluk dan dipercayai mempunyai kuasa tertentu: ~ padi. 2 seluruh kehidupan batin manusia; keadaan batin; perasaan hati; jiwa: Ucapannya itu telah menaikkan ~ kami supaya belajar dgn lebih tekun. 3 tujuan atau maksud yg terkandung dlm sesuatu ucapan dll: ~ Asean. ~ kebangsaan semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya. ~ waja semangat yg keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Bermaksud :

Sedang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stirring adj penuh semangat, membangkitkan semangat: the ~ songs of the revolution, lagu-lagu revolusi yg membangkitkan semangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exuberantadj 1. abounding in high spirits, penuh semangat; (of person) riang dan penuh semangat: he was given an ~ welcome, dia diberi sambutan yg penuh semangat; she has always been an ~ person, dia memang orang yg riang dan penuh semangat; be in ~ spirits, riang dan penuh semangat: the students were in ~ spirits on the last day of term, penuntut-penuntut riang dan penuh semangat pd hari akhir penggal; 2. luxuriant, rimbun: plants with ~ foliage, tumbuh-tumbuhan yg rimbun daunnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spirit 1 5. strong mutual loyalty, semangat: family ~ helped them to weather the crisis, semangat kekeluargaan membantu mereka mengatasi krisis itu; team ~, semangat berpasukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stir 1 ~ the /blood, pulse/ (of), membangkitkan semangat: martial music that ~s the pulse, lagu perang yg membangkitkan semangat; the kind of oratory that can ~ the blood of all patriots, jenis ucapan yg boleh membangkitkan semangat semua yg bersemangat kebangsaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exuberancen state of being in high spirits, (keadaan) penuh semangat; (of person), (keadaan) riang dan penuh semangat: he did not expect to be greeted with such ~, dia tdk sangka dia akan disambut dgn begitu penuh semangat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vigour4. intensity of action or effect, semangat: after his holiday he resumed his work with renewed ~, selepas bercuti, dia kembali bekerja dgn semangat baru; she denied the accusations with convincing ~, dia menyangkal tuduhan-tuduhan itu dgn semangat yg meyakinkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
élann keghairahan, semangat; with ~, dgn /ghairahnya, penuh semangat/: she played the piano with ~, dia bermain piano dgn ghairahnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
will2n 1. strong determination, semangat: the old man has not lost his ~ to live, orang tua itu masih belum hilang semangat utk hidup; you need a strong ~ to fight the disease, kamu memerlukan semangat yg kuat utk melawan penyakit itu; 2. power to control o’s impulses, kekuatan diri: it takes a great effort of ~ to break a bad habit, utk berhenti drpd tabiat buruk, memerlukan kekuatan diri; 3. that which is desired, kehendak: we must abide by the ~ of God, kita mesti patuh kpd kehendak Tuhan; 4. mental power to make decisions and act accordingly, kebebasan bertindak: freedom of the ~, kebebasan bertindak; 5. legal document, (surat) wasiat: my grandfather made his ~ five years ago, datuk saya membuat wasiatnya lima tahun lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moralen semangat: the ~ of our national team is high, semangat pasukan kebangsaan kita tinggi; being unemployed for so long finally broke his ~, krn menganggur terlalu lama, pengangguran itu akhirnya mematahkan semangatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soul-destroying adj membunuh semangat: a ~ job, pekerjaan yg membunuh semangat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas