Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan kefahaman Pemahaman dan penghayatan semangat 1 malaysia sebenarnya tidak terbatas pada keadaan saling mengenali dalam kalanan masyarakat majmuk ini tetapi sebenarnya ia menuntut pemahaman yang lebih mendalam terhadap adat dan kebudaya sesuatu kaum,berikan pendapat anda?? bagaimanakah saya menjawab soalan ini??apakah isi yang diperlukan?Bagi menjawab soalah jenis pendapat, tuan perlu memahami pertanyaan utama. Tuan perlu mengemukakan idea mengenai masyarakat majmuk, adat dan kebudayaan sesuatu kaum. Tuan juga perlu memberi pandangan berkenaan isu dan idea baru pemahaman terhadap adat dan kebudayaan. Bagi tujuan itu, tuan perlu banyak membaca tentang adat dan kebudayaan.Tatabahasa25.10.2013
1. semangat cinta akan negara 2. semangat cintakan negara adakah kedua-duanya jugalah betul? terima kasih.Frasa yang tepat ialah semangat cinta akan negara.Tatabahasa22.07.2013
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama.Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu.Tatabahasa16.05.2017
Ayat di bawah ini bagaimana pula? 1. Teruskan semangat membetulkan penggunaan bahasa Melayu kita! 2. Teruskan semangant betulkan penggunaan bahasa Melayu kita! Ayat yang mana baru betul?Ayat pertama lebih tepat tetapi perlu dibaiki menjadi  "Teruskan usaha membetulkan penggunaan bahasa Melayu kita".Tatabahasa11.05.2014
(1) Menurut kamus, memercikkan bermaksud menrenjiskan air. Apakah pula maksud kiasannya dalam frasa "memercikkan semangat"? (2) Tempias pula bermaksud percikan. Apakah maksudnya dalam frasa "menerima tempias arus globalisasi"?

Frasa “memercikkan semangat” boleh diterjemahkan kepada “menimbulkan/membangkitkan/mencetuskan semangat/marah/benci dan lain-lain. Manakala, frasa “menerima tempias arus globalisasi” pula bermaksud “mendapat/menerima sesuatu bencana/akibat daripada arus globalisasi”.1">

Makna19.06.2020
assalamualaikum.. saya ingin bertanya pada pihak tuan tentang satu perkara yang menjadi kemusykilan pada saya.. diharap pihak tuan sedia membantu saya..(^_^) Manakah antara ayat dibawah betul? mengapa? 1. Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. 2. Semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih tepat ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat kedua boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , dan ayat kedua bermaksud hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Tatabahasa18.02.2010
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka.Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya.
Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2012
1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH)1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.
2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan.
3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.
Tatabahasa16.09.2012
Minta pandangan. Mengikut Buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa kata nama. Jadi, ayat : Semangat muhibah amat penting untuk penyatupaduan rakyat / semangat muhibah amat penting untuk menyatupadukan rakyat. Yang mana betul ? Dalam Kamus Dewan terdapat contoh-contoh "untuk" diguna di hadapan kata kerja. Terima kasih Ng Chee HuaySelain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau apelengkap pada klausa utama. Selain untuk, bahawa juga antara kata hubung pancangan komplemen. Contoh;
1. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
2. Semangat muhibah amat penting untuk menyatupadakan rakyat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 253 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa11.07.2013
penggunaan ialah dan adalah: 1) jika frasa kerja di belakang, kita guna ialah atau adalah? contoh: Antara kepentingan semangat kejiranan (ialah/adalah) melahirkan masyarakat yang harmoni. Hobi saya (ialah) bermain bola. 2) saya difahamkan bahawa 'adalah' digunakan sebelum frasa sendi nama. sebelum perkataan "dapat" atau "boleh" boleh tak guna 'adalah'?Kata "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. "Ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata Pemeri tidak digunakan dalam frasa kerja. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ayat betul  yang diberikan oleh tuan ialah: 1. Antara kepentingan semangat kejiranan adalah untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.
2. Hobi saya bermain bola (tidak perlu kata pemeri).

Kedua-dua perkataan "dapat" atau "boleh" tidak boleh digandingkan dengan adalah.
Tatabahasa09.03.2018
123456

Kembali ke atas