Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : akronim bagi Setia Bersama Rakyat (suatu kempen yg bertujuan meng­eratkan lagi jalinan hubungan antara pemim-pin dgn rakyat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b) ki mulai masy­hur; c) sedang cantik (gadis dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : 1. seri, cahaya; 2. ki kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan: menjadi ~ bangsa dan negara; bersemarak 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; menyemarakkan 1. menjadikan berse­marak, menggembirakan, menyerikan: kalau ada pe-rayaan, Ramli pun dipanggil utk ~ perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayang-an cita-cita yg indah akan ~ semangat; kesemarakan keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan; penyemarakan perihal (proses dll) menye-marakkan; penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: kemenangan ini merupakan ~ semangat yg sangat dicari-cari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : ; ~ api sj tumbuhan (pokok), Delonix regia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : cahaya yg menambah ke­elokan sesuatu; seri: Dgn kehadiran tu­an, moga-moga bertambahlah ~ maj­lis kami ini. bersemarak 1 berseri; gi­lang-gemilang: Bandar Kuala Lum­pur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). menyemarakkan 1 menjadikan berseri (indah, bercahaya dsb). 2 ki menjadikan lebih besar (mulia, masyhur dsb): Kebijaksanaan dan ketabahan pemimpin-pemimpin kita telah ~ nama Malaysia. penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: Kemenangan ini merupakan ~ semangat supaya aku terus berkarya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ma.ra/] | سمارق

Definisi : ; ~ api nama sj pohon yg mempunyai lenggai yg panjang dan bunga berwarna merah, Delonix regia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semarak (kata nama)
1. Bersinonim dengan seri: cahaya, sinar, sorot kilauan, nur, kejernihan, kurrat, pendar, kilat, gemerlap, kilap,
Berantonim dengan kemalapan

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan keelokan, kebanggaan, kemegahan, kemuliaan, ketinggian, kebesaran, jah, seri, keindahan, kemasyhuran, kehormatan, keluhuran,
Berantonim dengan kehinaan

Kata Terbitan : bersemarak, menyemarakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
active-region filamentfilamen kawasan aktifMatematikTiadaFilamen di antara semarak aktif dengan semarak tak aktif.
eruptive prominencesemarak letusanMatematikTiadaSemarak matahari yang tercampak keluar daripada bahan aktif di sebelah atas kromosfera dan mencapai altitud yang tinggi dengan halaju yang tinggi.
active prominencesemarak aktifMatematikTiadaSemarak matahari jenis biasa yang boleh bergerak dengan pantas.
loop prominencesemarak gelungMatematikTiadaSalah satu ciri semarak matahari yang selalunya mengiringi kilau matahari apabila bahan korona dalam melecit ke dalam kromosfera.
active prominence region (APR)kawasan semarak aktifMatematikTiadaBahagian suria yang mempunyai semarak aktif yang berbentuk titisan dan arus yang menitis, semburan luru kerap dan gelung kelok.
prominancesemarakMatematikTiadaKumpulan gas, sebahagian besarnya gas hidrogen, yang kelihatan pada atas kromosfera atau korona-dalam matahari dan mempunyai ketumpatan yang tinggi dan apabila suhunya rendah daripada persekitarannya kelihatan sebagai unjuran cerah melalui sembir.
solar prominencessemarak suriaGeografiTiadaTiada
solar prominancesemarak suriaGeografiTiadaTiada
coronal prominencessemarak koronaMatematikTiadaPengarus bahan berluminosit yang terbentuk di kawasan luar korona dan bergerak masuk ke arah matahari.
solar prominancesemarak suriaMatematikTiadaLapisan gas bercahaya daripada permukaan matahari, yang kelihatan gelap apabila bertentangan dengan cakera matahari tetapi kelihatan cerah apabila bertentangan dengan langit biru dan berlaku di kawasan medan magnet mendatar.
123

Kembali ke atas