Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.ta.ma.ta] | سمات-مات

Definisi : , semata 1. hanya, melulu: burung itu hidup ~ bergantung pd ikan; 2. belaka, sama sekali: berjaya atau tidak pelajaran yg diajarkan terpulanglah kpd guru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ta.ma.ta] | سمات-مات

Definisi : 1 tidak ada yg lain lagi; hanya: Mereka dpt hidup ~ dgn memakan buah-buahan yg terdapat di hutan itu. 2 sama sekali; saja; belaka: Kejayaanmu bergantung pd ketekunan­mu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata2
Kata Terbitan : semata-mata, semata, mata-mata, memata-matai,

Peribahasa

Upah lalu,
     bandar tak masuk.

Bermaksud :

Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menanya tentang perkataan "semata-mata". 1. Kedai ini bukan sebuah kedai herba Cina semata-mata. 2. Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina. - Yang mana betul? - Apakah golongan kata bagi perkataan "semata-mata.""semata-mata" sama makna dengan "hanya". Ayat yang tepat ialah:

Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina...

semata-mata/hanya - kata tugas
Tatabahasa01.10.2012
Ayat manakah yang betul? (1) Kesimpulannya,kita haruslah.......agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan semata-mata laungan kosong. (2).....agar Wawasan 2020yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan laungan kosong semata-mata .kedua-dua ayat tersebutadalah kurang tepat, ayat tersebut sepatutnya berbunyi - ... agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak tinggal laungan kosong semata-mata .Tatabahasa11.09.2008
Apakah golongan dan bentuk kata bagi perkataan semata-mata, sepatut, padahal dan termasuk(tergolong dalam)? Terima kasih.Selamat ptg.
Golongan dan bentuk kata bagi perkataan:

1. Semata-mata - kata terbitan
2. Sepatut - kata tugas
3. Padahal - kata hubung
4. Termasuk - kata terbitan /kata kerja

Saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.
Tatabahasa02.03.2016
adakah frasa 'hanya ibu bapa sahaja /semata-mata itu salah?Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja'  kerana dianggap lewah. 'Hanya' yang disusuli dengan 'semata-mata' juga dianggap lewah. Tatabahasa24.05.2011
Salam, saya ingin bertanyakan kata pemeri. Apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu _________ rekaan semata-mata. Terima kasih.Kata pemeri yang tepat ialah "ialah".

Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu ialah rekaan semata-mata.
Tatabahasa13.09.2013
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih

Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;)  digunakan seperti yang berikut:

(a)  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. (Contoh ayat:  Malam makin larut; kerja masih banyak.)

(b)  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. (Contoh ayat:  Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.)

(c)  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.)

(d)  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat:  Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.)

 

Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah.
Tatabahasa04.12.2018
Semua pungutan tol hendaklah digunakan oleh pemegang lesen semata-mata untuk penyelenggaraan sempurna jalan yang mana orang awam dibenar untuk menggunakannya. ADAKAH PENGGUNAAN PERKATAAN "DIBENAR" DI DALAM AYAT DI ATAS TEPAT? ATAU PENGGUNAAN "DIBENARKAN" SEPATUTNYA DIGUNAKAN?dibenarkanTatabahasa24.12.2008
Apakah penggunaan perkataan 'perawi' khusus untuk pencatat hadis nabi semata-mata. Bolehkah ia menjadi maksud umum sebagai pencatat / pencerita?Perawi dalam bahasa Melayu mempunyai dua maksud, iaitu: pertama, orang yang meriwayatkan hadis, dan kedua, orang yang bercerita atau pengarang cerita.Makna28.11.2012
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi premis yang disediakan bagi, dan digunakan semata-mata atau terutamanya untuk, sembahyang keagamaan awam, atau premis yang terdiri daripada atau termasuk dalam rumah yang diduduki dihuni sebagai tempat kediaman persendirian yang berasingan (3) Subsection (1) shall not apply to premises appropriated to, and used solely or mainly for, public religious worship, or premises consisting of or comprised in a house that is occupied as a single private dwelling: Berdasarkan peruntukan di atas, apakah padanan bagi 'public religious worship' dalam konteks ini? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "public religious worship" ialah tempat sembahyang awam.Pembinaan Bakat25.01.2022
Salam sejahtera, Adakah "Mere Receipt" sesuai diterjemahkan sebagai "Resit tanda", "Resit Mer" atau "Resit semata-mata"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. "Merereceipt" adalah sejenis resit yang dikeluarkan oleh pihak bank. Contoh ayat: The terms of the Contract of Mere Receipt Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang mere receipt dalam pangkalan data kami. Kami juga tidak menemukan sebarang maklumat melalui carian di internet.Penyemakan dan penterjemahan12.01.2018
123456

Kembali ke atas