Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.ba.han] | سمبهن

Definisi : yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sembah
Kata Terbitan : menyembah, menyembahkan, mempersembahkan, sembahan, penyembah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
media strategy statementpenyataan strategi mediaKomunikasiKorporat1. Laporan yang menjelaskan tentang kedudukan sesuatu media dalam pasaran semasa. Laporan ini biasanya disediakan oleh pihak agensi pengiklanan. Kandungan laporan ini menggariskan cadangan agensi mengenai prestasi media berdasarkan hasil penarafan khalayak. Berdasarkan hasil analisis prestasi media tersebut, agensi akan mencadangkan secara khusus media yang boleh menonjolkan objektif pasaran sesuatu jenama barangan mengikut jumlah kewangan yang ada. 2. Kertas cadangan yang mengandungi maklumat berkaitan konsep, format, pendekatan, dan proses per-sembahan mesej pengiklanan. Fungsi kertas ini adalah untuk membantu pihak pembuat keputusan dalam agensi bagi mengenal pasti, dan memutuskan strategi yang terbaik dan efektif. Maklumat yang disusun dalam kertas ini juga boleh membantu pihak penulis iklan dan pihak penerbit untuk mencari strategi kreatif persembahan. Maklumat utama yang perlu dicatatkan dalam penyataan strategi media ialah jenama barangan, jenis media, jenis khalayak sasaran, sifat khalayak dan barangan, objektif iklan, matlamat iklan, dan konsep serta format yang hendak digunakan dalam iklan. Maklumat tambahan lain adalah seperti perincian maklumat mengenai pendekatan serta kos penghasilan iklan yang dijangkakan. Terdapat juga penyataan strategi media yang disertakan dengan data yang boleh menjelaskan dan menyokong keputusan yang akan diambil dalam menentukan jenis media yang dipilih, genre penerbitan, dan kekerapan penyiaran sesuatu iklan.

Kembali ke atas