Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.ba.ra.ngan] | سمبارڠن

Definisi : dgn begitu sahaja, tidak me-nentu, tidak dgn usul periksa, tidak memilih: abang tidak patut menuduh ~ spt itu; buku itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.ba.ra.ngan] | سمبارڠن

Definisi : ti­dak dgn usul periksa; dgn begitu saja; tidak dgn pilih-pilih lagi: Jangan suka menuduh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembarang (kata tugas)
Bersinonim dengan apa sahaja, apa-apa pun, sebarang, asal sahaja, siapa sahaja;,
Kata Terbitan : sembarangan, menyembarangi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud  apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.01.2011
yang mana betul beda atau beza,sebarangan atau sembarangan1. Ejaan yang betul ialah beza. 2. Kedua-duanyabetul: sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi.Ejaan15.03.2013
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Adi tidak mahu beri balik telefon bimbit Budi. 2. Adi tidak mahu bagi balik telefon bimbit Budi. 3. Adi tidak mahu kasi balik telefon bimbit Budi. 4. Ana melihat papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang sampah sembarangan. 5. Ana melihat papan tanda melarang membuang sampah sembarangan. 6. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Ayat yang betul seperti yang berikut:

  1. Adi tidak mahu memberikan semula telefon bimbit Budi.
  2. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Tatabahasa18.10.2022
Assalamualaikum, Apakah terjemahan tepat bagi 'jaywalk/jaywalker/jaywalking/jaywalked" dalam bahasa melayu? Jika boleh, saya inginkan istilah yang kata tunggal, bukan kata majmuk. Terima kasih.Salam sejahtera,

Berdasarkan data kami, Jay-walker bermaksud pejalan kaki sembarangan.

Jay-walk bermaksud berjalan sembarangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna18.07.2017
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.)

1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam.

2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan.

3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 

4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan

5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat ....

Tatabahasa06.01.2011
Apa panduan sekiranya saya ingin menjadikan suatu kata nama yang tidak biasa dijadikan kata kerja sebagai kata kerja. Contoh: tasawuf - mentasawufkan bakul sampah -membakulsampahkan Facebook- berfacebook ekonomi- mengekonomikan kartun-mengkartunkan kambing hitam-mengkambinghitamkan bolehkah sembarangan sahaja atau tidak boleh langsung? mohon tunjuk ajar. Terima kasihUntuk pembentukan kata, tuan menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama selain daripada Kamus Dewan. Di dalam buku Tatabahasa Dewan, terdapat proses pembentukan kata yang boleh dijadikan pamduan menerbitkan kata baharu.Tatabahasa14.11.2013
apakah maksud simpulan bahasa bagi serkap jarang? saya sudah mencari di dalam kamus tapi tiada ,jadi saya berharap agar DBP boleh membantu saya .terima kasihMaksud  simpulan bahasa "serkap jarang" ialah menuduh (meneka dan lain-lain) secara sembarangan atau agak-agak sahajaMakna12.06.2016

Kembali ke atas