Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~ ratus 900; bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan (orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain; kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd sebelas orang adik beradik; kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu; 9: ~ belas 19; ~ puluh 90. bersembilan bersama-sama dlm kumpulan sembilan orang; sembilan jumlahnya: Mereka ~ telah pergi ke sana. kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: Dia mendapat tempat ~ dlm acara merentas desa. kesembilan-sembilan semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Masjid Negeri Negeri Sembilan: sembilan chorong runchingMohamed SaidDewan Masyarakat15 December 1968
Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak: Menara Kebesaran adab hubungan raja dengan menteriJelani HarunJurnal Peradaban Melayu = Journal of Malay Civilisation1 January 2003
Sembilan Hari Di TokyoPakcik EsdiDewan Pelajar1 October 1981
Sembilan juta buku tak laku: pandangan dan cadanganDinsmanDewan Budaya1 March 1995
Dialek Negeri Sembilan satu lambang ciri budaya Negeri SembilanYeop Johari YakobDewan Bahasa1 January 1987
Angkas sembilan yang membawa padahJeniri AmirDewan Masyarakat1 July 2006
Negeri Sembilan teguh menjunjung adatAbd. Rahman AripinDewan Budaya1 August 1997
Negeri Sembilan: memelihara adat dalam kehidupanN. A. HalimDewan Budaya1 September 1986
Puncak Sembilan (antologi puisi), Masuri S. N., Noor S. I. et al,Singapura: Pustaka Nasional, 1975Johan JaafarDewan Bahasa1 February 1977
setelah sembilan tahunM.SabhaFashion1 July 1959
12345

Kembali ke atas